Aaron Aziz Hidap Penyakit Cervical Facet Arthritis

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera

Katanya, Aaron Aziz dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur dan berada dalam keaadan stabil. Aaron Aziz dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, selepas mengadu sakit pada bahagian lehernya.


Menurut isterinya, Diyana Halik, suaminya mula berasa kesakitan sejak seminggu yang lalu.


Bagaimanapun, dia sanggup menahan kesakitan itu kerana mahu menyelesaikan penggambaran sebuah telefilem. Namun, apabila kesakitan itu menular sehingga ke bahagian tangan dan jari sebelah kirinya menjadi kebas, saya terus membawanya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan, Aaron didapati mengidap penyakit Cervical Facet Arthritis pada bahagian leher menyebabkan ia senget sebelah serta tidak boleh banyak bergerak pada bahagian terbabit, jelas Diyana menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada HIP, semalam

sumber

Dah baca kan? Komen sikit ;)