Ohh Facebook Please Jangan Annoying !

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera
Sebelum tu entry ini bukan utk Facebook / Mark Zuckerberg tetapi utk pengguna Facebook termasuklah aku
FACEBOKK FAVEBOIK FACEBIIK, Ya typo di situ sebab tulis sambil tengok TiVi / TV / Televisyen sambil berfacebook , sebenarnya dah lama pendam perasaan nak termuntah, termenangis dan terberak lepas baca status kat Facebook, ahhh status facebook lagi ? LAGI ? Baca kat sini : Ohh Facebook ! 
Sebelum aku nak meyampaikan ceramah perasaan tak puas hati kurang senang kat sini aku nak bagitau satu kata-kata hikmat (hikmat sangat *tangan di bahu mata ke atas*) baca kat bawah :
MAAF SEANDAINYA ADA YANG TERASA !
MAAF SEANDAINYA ADA YANG TERASA !
MAAF SEANDAINYA ADA YANG TERASA !
MAAF SEANDAINYA ADA YANG TERASA !
MAAF SEANDAINYA ADA YANG TERASA !

Begini ceritanya (tengok kat ataaaaass) hoii sudahlah tengok tu kalau tengok lama sangat tak terbaca lah entri aku ni . Tahu tak berapi tau kalau hangpa tak baca entri aku ni macam bola-bola api yang sedulunya kecil telah menjadi besar begitulah jua cintaku padamu yg sedulunyaa.... ahh sudah aku tau ada yang terikut, HAHAHA !
Begini ceritanya, tiap-tiap kali aku login Facebook mesti ada status-status macam kat bawah ni, sebelum tu aku nak explain memang lah Facebook tu tempat kita nak update macam-macam. Dan selalunya status macam ni di-update oleh Abang-abang dan Kakak-kakak serta Adik-adik HOT lah kan. Contoh status tu berbunyi macam ni , eceh berbunyi tuh
-I'm Single Now !
-Baru lepas break ng GF/BF sesape yg nak masuk line tu IM lah numb.
-Hey gf/bf diluar sana IM lah numb so boleh jugak kita kenal dgn lebih rapat
-Fake Relay Please !

Status tu lebih kurang macam tu lah. Tapi nasihat aku, Facebook mmg tempat untuk mengeratkan silaturrahim tapi berpada-pada lah. Dan lagi satu melalui status ni kita mcm boleh buat andaian yg peng-update status tu macam TAK BOLEH HIDUP KALAU TAK DAPAT PASANGAN ataupun lebih tepat sekali macam (lupa perkataan yg men-describe org mcm ni) Ah , okay Maaf seandainya bahasa yg dilemparkan di dalam entri ni membuatkan anda kurang senang, sekali lagi Aku / Nani / Hanani / Noni / Nonot ingin menyusun seploh jari memohon hadiah maaf seandainya ada yg terasa, tersinggung dan sewaktu dengannya.





MAAF PENGGUNAAN
KATA 'AKU' DLM
ENTRY KALI
INI =)

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Handphone Aku Ori Ke ?

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera
Tahukah Anda ? Hangpa tau dak sekarang ni, kes penipuan dalam jual beli handphone menjadi-jadi. Contohlah kan kebanyakkan kedai-kedai yg jual handphone ni suka menipu kata handphone ni ORI lah, tapi  sebenarnya menipu. Kadang-kadang iPhone lah iPad lah yg kita tengok harga serrr murah daripada asal yg sebenarnya MADE IN CHINA . Jom Check It Out !
Ikut langkah-langkah seperti di bawah :
1. Taip *#06# then tekan 'CALL'
2. Pastu akan tertera lah IMEI number (International Mobile Equipment Identity)
3. Semak no IMEI number anda pada kedudukan 7 dan 8. 
contohnya : 358479047489569
4. Untuk semak sama ada handphone anda ORI ke idok, check kat bawah :
02 atau 20 : From China = LOW QUALITY
08 atau 80 : From Germany = FAIR QUALITY
01 atau 10 : From Finland = GOOD QUALITY
00 atau 03 atau 04 : Dari kilang asal telefon = BEST MOBILE QUALITY
13 : Dari Azerbaijan = VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH 
 Tak tau lah mende ni betul ke dak, tapi mana lah tau ada betulnya.
Nota Penyepak : Handphone Aku ORIGINAL (Best Mobile Quality)



Dah baca kan? Komen sikit ;)

Status Facebook Yang Annoying : Optimis

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera
Dengan ini sambil Nani berblogwalking sambil itu jugaklah Nani berfacebooking. Dan sambil berblogwalking dan berfacebooking ni terbacalah post yang dipost oleh postman MK Syahir yang bertajuk di atas itu lah. Saja lah nak share dengan hangpa tips mengurangkan dosa yang hangpa buat time baca status kat facebook tu, bagi yang selalu kutuk-kutuk orang yang selalu sangat buat status yang tersangat annoying, exasperate, silly dan sewaktu dengannya.
jangan meniru aksi ini di rumah, ya adik-adik

status annoying #1 : tayunx tayunx itew nuck gitaw niey, itew tayung tangat-tangat tat tayunx, asew nuck chiyom jerw munxkowk jambarn niew tawue, indueww tangat-tangat, (^..^)

Pikir positif : kesian budak ni, mungkin keypad lappy / computer dia rosak kot, sampai takdak duit nak repair, komfom habis duit beli choki-choki ngan chewing-gum yang warna-warni plastik dia ada gambaq superhero tu (sambil hangpa pikir / monolog hangpa nangis bagi menunjukkan lagi yang hangpa terlalu kesian dengan depa tu ) bhahahaha.
------------------------------------------------

status annoying #2 : tadi aku pegi pavilion cuci mata, tiba-tiba ada mamat-mamat hensem / awek-awek cun 5-10 orang duk ushar-ushar aku sampai meleleh ayaq liur sambil tu aku dengar depa kata aku ni hensem / cun gila 8@B! macam Haron Ajiz / Neelupa.

pikir positif : sapa lah yang hack facebook dia ni, kesian sungguh, gamak hacker tu tulih lagu ni.
------------------------------------------------

status annoying #3 : $!@#lah hang jantan tak guna, muka macam keluaq dari mangkok jamban ada hati nak tackle aku, tak sesuai langsung dengan aku yang muka macam ______ (isi sendirik), pegi mampuslah hang tak sedaq diri.

pikir positif : budak ni kena sawan gamaknya, penyakit berketurunan kesiannyaaaa (menangis teresak-esak sambil lap hingus yang meleleh) euwww
------------------------------------------------

status annoying #4 : abang sarip dol, tak puas lah detim ngan abang sarip tadi, rasa macam tak nak lepas je tangan abang sarip tadi , lembut bak sutera china yang diimport dari Bangladesh, kite suke sangat-sangat !

pikir positif  : kesian, budak ni buta IT gamaknya, mungkin dia ingat dia tengah private message dengan abang sarip dia tu kot, takpa lah , biaqlah kat dia, itulah penting IT Education.
------------------------------------------------

status annoying #5 : hang ni kan tak habis-habis kacau boipreng aku, hang sedaq diri siket, aku tau lah boipreng aku tu muka macam Acapan, lagi satu, untuk pengetahuan hang, aku dah unfriend dan block hang, bodoh !!

pikir positif  : kalau macam ni, tak payah nak pikir positif lagi dah , hangpa maki ja minah ke mamat ke yang update status macam ni, dah block / unfriend segala bagai tu tak payah lah maki-maki orang tu, nak suruh mak tiri bini ketiga ayah dia sampaikan kat dia kot . lagi satu habaq kat dia janganlah kata kat orang bodoh dah terang lagi bersuluh dia tu yang bodoh. kahkahkahkahkah
------------------------------------------------


nota penyepak : sebenaqnya, Nani pun ada jugak update status macam ni tapi tak lah seteruk sehina status-status contoh kat atas ni. hahahahaha.
MAAF SEKIRANYA POST KALI INI MEMBUATKAN ANDA TERSINGGUNG, chill lah beb !


Dipetik dan diubah suai daripada : MK Syahir


Dah baca kan? Komen sikit ;)

Kisah Di Sebalik Bismillah

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera
Sebelum tu baca bismillah dulu, بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

macam Science pulak gambar atas ni 
____________________________________________________________________________

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah , Bismillah. Sekejap - sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,

"Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja. 
Moral of the story : Mulakanlah setiap pekerjaan kita dgn BISMILLAH . Sesungguhnya besar kalimat ini disisi Allah S.W.T

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Benci Benci Benci !

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera


Argh ! Ser ser seriously I HATE NEW BLOG INTERFACE ! Kita ni senasib ke ? Ataupun Nani sorang je yang jadi macam ni . Please I Want The Old Interface. Macam mana ni, susah lah yang baru ni , nampak berserabut, yang lama tu senang sikit sebab dia tersusun rapi , but yang ni nampak tak tersusun dan menyebabkan katarak mata, okay mengarut ! Try pergi setting yang ada lambang skru ke apa ke apa-apa je lah. Tapi tak ada. 

WHY! WHY! WHY! WHY! WHY!

Sekarang ni dah jadi WORDLESS ! walaupun hari ni bukan WEDNESDAY. KBai !



Dah baca kan? Komen sikit ;)

Orion Giveaway by Asyiqin Azahar

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera

Photobucket
klik banner untuk join !

Heyou , sambil Nani menopang dagu dan menggigit jari telunjuk tangan kanan dan berfikir intro apa yang patut Nani buat untuk entry ni dan secara tidak sengaja Nani dah berjaya siapkan intro untuk entry ni, K fine tak lawak so jangan gelak.
Harini Nani nak join satu Giveaway daripada Adik Asyiqin Azahar yang kiut lagi miut. Giveaway ni memang superb awesome hadiah dia, rugi kalau tak join. 

klik untuk lebih jelas, besar dan padat !

Kalau tak nampak jugak meh sini Nani tulis balik , a piece of cake !

Saya nak menang iPad sebab saya dah lama sangat nak pegang peluk segala bagai gadget tu, selalu sangat tengok kawan-kawan pegang tab Samsung, ni ambek kau apple lagi tu! by the way saya rasa iPad ni macam mini lappy jugak yang lainnya sebab dia TOUCH. Kesimpulannya ! Saya nak iPad jugak . Terima Kasih !
For adik Asyiqin Azahar :
Nani dah follow semua rule-nya, antaranya :
follow blog Asyiqin - done
like fanpage Asyiqin - done (likers yg ke #136)

CEPAT SEBELUM TERLAMBAT TARIKH TUTUP
21st SEPTEMBER 2012


Dah baca kan? Komen sikit ;)

Dia Jodoh Aku ?!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera


"Kalau hang mimpi dia tiga kali berturut-turut, dia jodoh hang lah tu"
Pagi tadi, dekat sekolah. Sambil berjalan pergi ke bilik guru dengan kawan, Nani cakap kat dia, "Weh Aten, malam tadi aku mimpi ***** dua kali berturut-turut kot". and then, dia cakap "kalau hang mimpi dia tiga kali berturut-turut, dia jodoh hang lah tu", hahaha. Ada ke patut. Pastu Nani cakap kat dia "Takpa jugak, lagi baguih", apa kebangangnya Nani cakap macam tu. Hahaha. 

Begini ceritanya

Ni semua pengetua punya pasal lah ni, pergi suruh budak Form 2RK pindah pagi, kan Nani dah suka kat Mr. A (form 5-2011). *salah sendiri suka dekat dia salahkan pengetua pulak* . Masa tu Nani form 2 (tahun lepaih) kelas Mr. A bertentangan dengan kelas Nani, jadi, senanglah proses nak meng-ushar dia tu. Ada lah sekali tu *walaupun banyak kali* , Nani ushar dia, tiba-tiba dia ternampak ! HOMAIGAD ! TAPI , dia senyum lohh , mak aih , hensem kot !

HABIS CERITA ! ESOK SAMBUNG , NAK PI BACA BUKU ESOK PRA-PMR !

SEKIAN , Wabillahitaufiq Walhidayah, Assalamua'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Dah baca kan? Komen sikit ;)

Zyraroxx : Follower Datang Bertubi-Tubi

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera


Rock gila lah.sesuai dgn nama segmen . Zyra Roxx 
follower gua buat masa sekarang ni : 239 orang , huwhuw
Jom Join ! 

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Renungan Di Hari Jumaat

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera

CREDIT : Jaja Sutera


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. 
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. 
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" 
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. 
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar". 
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. 
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. 
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang ..



Sangat bertuah kalau dapat anak macam ni, I HOPE I'LL GET CHILDREN LIKE THIS IN THE FUTURE ! Insyaallah

Dah baca kan? Komen sikit ;)

SEGMEN : Be My Follower by Didiey

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera


Follower : 233
Target Follower : 333+

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Mengapa Islam Melarang Kita Minum Sambil Berdiri?

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera


Seriously, memang dah lama dah kita tau yang makan atau minum memang tak boleh sambil berdiri kan ? Jadi, kejap ye nak cerita sikit. Pagi tadi kat sekolah lepas habis baca Surah Yassin, adalah seorang guru yang sangat dikenali oleh semua students kat sekolah Nani ni sebab dia cikgu yang boleh dikatakan teramatlah garang, dia ada tegur, kenapa duk minum sambil berdiri pastu dia suruh search Google pasai apa tak boleh minum sambil berdiri. Pastu terus tercetusnya idea nak buat entry pasal ni. blablabla. Jom Baca !

Islam telah menetapkan adab-adab bagi penganutnya dalam melakukan suatu kegiatan bagi mendapatkan kesejahteraan. Begitu juga Islam telah menetapkan adab-adab ketika minum. Rasulullah S.A.W menegah kita minum berdiri tetapi, Mengapa Kita Dilarang Minum Berdiri?
Antara sebabnya ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani, "Sesungguhnya, makan dan minum dalam keadan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat dan lebih puas. Sebabnya, makanan dan minuman lalu di dinding perut dengan tenang. Tetapi bagi minum berdiri, ia menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan lebih keras dan akan melanggar lapisan perut. Begitu juga dengan makanan".
Ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis Sfinger, saringan tersebut dapat terbuka ketika duduk, dan tertutup ketika berdiri. Air yang kita minum belum 100% diolah oleh badan. Apabila kita minum sambil berdiri, jadi air yang kita minum tidak tersaring oleh penapis sfringer kerana tertutup. Air yang tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing (urinary bladder) dan boleh menyebabkan penyakit Kristal Ginjal < klik utk tahu tentang penyakit kristal ginjal. Anda sangat beruntung mempunyai kristal di ginjal anda, hahahaha.

TERAPI AIR PUTIH : MINUM BANYAK-BANYAK
1. Minum 2 gelas air masak setelah bangun tidur : Membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan : Membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
3. Minum segelas air sebelum mandi : Menurunkan tekanan darah.
4. Minum segelas air sebelum tidur : Mencegah stroke dan serangan jantung.

"DEMI MASA ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman, dan yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran"
~Surah Al A'sr

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Giveaway : From September to November by Jaja Sutera

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera


Holla ! Sudah sekian lama tak ter-hapdatenya blog , hari ni baru bukak , Nani nak seru followers dan readers sekian untuk join giveaway yg pertama yg Nani sponsor-kan , Giveaway daripada Jaja Sutera ! Hadiahnya tersangatlah menarik , rugi sesangat bagi sesiapa yg takmau join , apa salahnya cuba nasib , mungkin nasib baik dapat , kalau yg nasib kurang baik cuba lagi untuk giveaway yg kesekian nya . Hampa just tekan gambar kat atas tu je terus pergi ke blog Jaja Sutera. Giveaway ni berlangsung dari 1st September hingga 30rd September , selagi ada waktu jom join !

SYARAT-SYARAT
1. Terbuka kepada blogger Malaysia shj ! (Bangladesh, Myanmar dan sbgnya tidak dibenarkan).
2. Click ketiga-tiga item di bawah :







3. Follow blog Jaja Sutera *WAJIB
4. Follow semua blog, page facebook, twitter Sponsor. Disenaraikan di bawah. *WAJIB
5. Buat entry yg bertajuk 'Giveaway : From Sept to Nov by Jaja Sutera'
6. Copy url gambar di atas dan backlink-kan ke link ni :
http://jajasutera.blogspot.com/2012/09/giveaway-from-sept-to-nov-by-jaja-sutera.html
7. Tag minimum tiga orang dan pastikan mereka tahu
8. Follow peserta lain *SUNAT
9. Segmen akan TAMAT sekiranya peserta kurang 30 orang.

SENARAI SPONSOR *wajib follow / like / add  
  1. NurHazwani Abd Shukor LIKE
  2. cincin permata - Follow / LIKE
  3. Aina Sofea - Follow LIKE
  4. Nanie - Follow / Follow
  5. Aizan Shazlin - Follow / LIKE
  6. Ana Diera - Like / Follow / Follow
  7. eiqa azra - Follow / Follow
  8. monmon™ - Follow / Follow
  9. XxFaraizatii2NdxX - Follow / LIKE / Follow
  10. CharlieAngleo - Add / Follow
  11. deqjamucuxx - Add / Follow
  12. Dhia Johary - Follow
SENARAI HADIAH
Shawl
Whitening Tomato Body Scrub
Soft Masker
Collagen Juice
Single Doodle
Couple / Double Doodle
Topup RM 10
Topup RM 5
Tie Clip
Fridge Magnet from Cameron Highlands
Cute Brooch
Simple Header
Handmade Felt Craft
SENARAI PESERTA GIVEAWAY 

Dah baca kan? Komen sikit ;)