10 Perkara Yang Tidak Boleh Dikongsi Di Facebook.

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera

Sebelum tu, siapa sini tak ada feisbuk. Hmphh, majoritinya, semua ada feisbuk kan? Sekarang ni, macam-macam boleh jadi melalui feisbuk tu saja. Yang single boleh jadi married. Yang married boleh pulak bercerai gara-gara feisbuk. Sampaikan, kes yang di luar kotak fikiran kita pun boleh jadi, ye dak? Tapi, feisbuk ni pun ada banyak jugak kebaikannya kalau tak disalah guna kan lah yu. Jadi, sebagai langkah berwaspada, kita haruslah menggembleng tenaga agar kejadian buruk tak akan berlaku. Ceit. Jangan share maklumat tentang diri kita ni kepada umum, tak kisah la feisbuk ka, tuiter ka, belog ka dan apa-apa saja.


1. Jangan share TARIKH LAHIR anda.
Agak pelik kan? Tapi, itulah realitinya. Mendedahkan tarikh lahir sangat berisiko tinggi setinggi Eiffel Tower tu apabila institut kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Lagi satu, ia juga boleh mendekatkan hangpa kepada kecurian identiti.

2. Nama IBU anda.
Ini pun pelik jugak kan? Tau tak kenapa? Sebab banyak laman web yang jadikan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan password dan maklumat peribadi mengenai hangpa secara online.

3. Alamat rumah anda.
Ini tak pelik sangat lah kan, mesti laa hangpa tak bagitau kan.Tau tak, penjenayah pun dah modern, cari rumah kosong secara online jaa bila hangpa update "Yeshh, pergi cuti di X" dan kat personal information tu ada alamat rumah hangpa.

4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status faceboook yang memberitahu ketiadaan hangpa di rumah dalam satu jangka yang panjang bukannya menarik perhatian jiran-jiran hangpa pun tapi 'orang lain'.

5. Meniggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Hmphh, ini pun boleh jadi. Jika hangpa update ada kat mall ke, gym ke juga membuka peluang untuk pencuri menggeledah rumah anda. 

6. Gambar yang tidak bersesuaian.
Dengan letak gambar yang tak sesuai sangat tu kat feisbuk, macam-macam boleh jadi tau. Orang yang nak buat fitnah boleh ja ambil gambar hangpa tu, edit kat Photoshop. Lagi satu, gambar yang tak sesuai tu pun boleh jadi sebagai 'pemuas nafsu' seseorang.

7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka update tentang perasaan marah, benci, menyampah terhadap seseorang. Yaa, aku termasuk juga golongan seperti tu, tapi jarang laa. Tau tak, ada mata-mata yang memerhati dan mulut masin yang pergi cerita ceriti. 

8. Nombor telefon.
Hahh, ini lagi satu, ramai aku tengok suka share nombor telefon, jangan kata lelaki, perempuan pun kadang-kadang sama naik. Sebab apa? Ini juga berpotensi untuk hangpa dapat call daripada jurujual, stalkers, mat bangla yang berkenan kat hangpa, 'stalkers' atau kawan kepada kawan kepada makcik anda.

9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik hangpa update kat feisbuk tentang percutian hangpa tu SELEPAS balik bercuti daripada update sebelum pergi bercuti. Ini juga boleh dikategorikan dalam nombor 4.

10. Gambar di dalam rumah.
Rumah hangpa ada Smart TV? Perabot yang gila mahal? Dan apa-apa yang berharga ja, semua tu, boleh membuatkan 'si cemburu' tu bertambah-tambah cemburu dengan hangpa. Dan, risiko untuk rumah hangpa dicerobohi, dirompak, sangat lah tinggi woo.

Jadi, amacam? Sama-sama kita waspada masa nak share apa-apa dalam laman web/sosial. Macam boleh jadi lah. Lagi satu, melalui gambar je, orang boleh sihirkan kita, kan. Hmphh. Wallahua'alam. Semoga Allah S.W.T melindungi kita dari segala macam bencana. 

Tinggalkan komen anda. :)

Dah baca kan? Komen sikit ;)

3 Gomel:

♥ Lia Abdillah ♥ said...

SETUJU, tapi tang tarikh lahir tu baru tahu la. kena tukar ke?

Unknown said...

oooo...mun xbrape aktif dah fb ni..huhu

Unknown said...

betulll, hehehehe :) no-ordinaryblog(BlogKartunDunia)