Anak Patung Annabelle (The Haunted Doll)

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera

Kenal patung Annabelle? Hmphh, kalau hangpa tengok movie The Conjuring, aku komfom semua yang tengok mesti tau patung Annabelle. Tetapi, patung Annabelle yang dalam movie tu memang bagai langit dengan bumi kalau dibandingkan dengan yang real. Real punya patung Annabelle tu, rupa dia tak seseram macam dalam movie tu, rupa dia memang comel, serious aku tak tipu. Nama yang digunakan dalam filem tu, semua nama betul. Dan sekarang, patung Annabelle disimpan dan dijaga ketat di dalam sebuah gereja di USA.

Okay, meh kita baca kisah sebenar patung Annabelle tu.

Kiri adalah patung sebenar dan yang kanan adalah di dalam filem

Annabelle, merupakan tumpuan kes oleh penyiasat Ed dan Lorraine Warren yang terkenal dalam kes paranormal pada awal tahun 1970 yang dibentangkan di buku Demonologist. Dan kes ini adalah kes yang paling luar biasa yang pernah direkod dalam buku itu. 

Pada tahun 1970, seorang ibu telah membeli patung jenis Raggedy Ann Doll antik dari kedai barangan lama. Anak patung itu dibeli untuk dihadiahkan kepada anaknya, Donna, pada hari lahirnya. Pada masa tu, Donna ialah pelajar di kolej, bersedia untuk menerima kelulusan ijazah kejururawatan dan tinggal di sebuah pangsapuri kecil bersama kawannya, Angie. Donna gembira semasa mendapat patung itu dan menjadikan perhiasan di dalam biliknya dan diletakkan di atas katilnya dan takda merasakan apa-apa yang pelik sehinggalah beberapa hari kemudian.


Masa tu, Donna dan Angie merasakan sesuatu yang pelik dan menyeramkan tentang patung Annabelle tu. Anak patung tu seolah-olah bergerak dengan sendirinya daripada satu tempat ke satu tempat yang lain. Kadang-kadang mereka menjumpai anak patung itu dalam keadaan kaki bersilang dan tangan memeluk tubuh. Kadang-kadang juga, mereka temui, anak patung itu, berdiri dan bersandar di atas kerusi meja makan. Setiap hari, sebelum pergi ke kerja, Donna meletakkan anak patung di atas sofa, tetapi apabila pulang, dia terpaksa mencarinya di biliknya, di atas katil dengan pintu yang tertutup rapi. 

Pada suatu malam tu, Donna pulang daripada kerja dan mencari sekali lagi patung Annabelle tu, dan sekali lagi TIADA! Dan, Donna jumpa patung tu di atas katilnya. Donna pun mendekati patung itu untuk memeriksa sesuatu. Rasa takut menyelubungi diri Donna ketika dia memeriksa patung tu. Dan, Donna ternampak kesan seolah-olah seperti darah yang terkeluar daripada badan patung itu sendiri di belakang tangan dan dada. Setelah rasa ianya terdesak, Donna dan Angie membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat pakar.

Tidak lama kemudian, pakar tersebut menghubungi mereka dan Donna diperkenalkan kepada semangat roh Annabelle Higgins. Annabelle ialah seorang gadis muda yang tinggal di sebuah kawasan sebelum pangsapuri dibina. Annabelle berusia 7 tahun semasa mayatnya dijumpai dalam pangsapuri tersebut. Roh Annabelle tertarik dengan Donna dan Angie dan mahu tinggal dengan mereka dengan berpindah ke dalam anak patung itu. Sebab tulah, anak patung tu berpuaka sebab roh budak yang mati dibunuh tu melekat kat anak patung tu sehingga membunuh seorang daripada rakan Donna dan Angie. Sehingga sekarang, patung Annabelle disimpan rapi dan tidak boleh dikeluarkan atau disentuh sekalipun kotak tempat simpanannya. 

Bawah ni, gambar Ed dan Lorraine Warren dan muzium simpanan barang berpuaka sebelum Annabelle diletakkan di dalam gereja. 



Tapi, kita sebagai orang Islam, tak boleh percaya benda-benda macam ni. Semuanya yang berlaku di bawah kekuasaan Allah SWT. Wallahua'alam. Assalamuaalaikum wbt. 

Tinggalkan komen anda. :)

Dah baca kan? Komen sikit ;)

12 Gomel:

Hanaeyo said...

patung tu ada dalam cerita the conjuring wuu seram seram

Unknown said...

Seram btuil cter sebenar..
Shark x sempat lg nk tgk cter conjuring tu..
Mmg kne tgk jugak cter tu jawabnyer.

Nanie said...

@Ieka Farhana Ha'a, tapi yg dlm movie tu lagi seram.

Nanie said...

@Shark Kay Tengok laa, mmg best. Tak rugi tengok.

♥ Lia Abdillah ♥ said...

Lia belum prnh tgk cite tu. tpi, tkot la. gulp

Amna Shark said...

da tngk the conjuring. Hmm.. ok gak. Hehe..

Luqman Zakaria said...

best citer the conjuring nih..

hime s said...

gereja ke? bukan muzium belakang rumah lorraine?

Unknown said...

seraamm .. sekadar tengok je eh .. sebagai orang islam , kena jaga akidah ^_^ saya tak mo tengok cite the conjuring tu . saya memang "anti cerita seram" . Seram komedi pun anti juga ! >.< haha

Unknown said...

Tak tengok lagi citer tu..Nak tengok,Uwaaa T.T

Unknown said...

Nak tengok cerita tu..Uwaaaa T.T

Mizie San said...

Good movie, mmg real dri true base story....