Jam Tangan Touchscreen Samsung

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera
Perghh, Samsung betul nak saing dengan Apple. Agaknya nanti boleh jadi World War III, gamaknya. Hahaha. Samsung Galaxy Gear Smartwatch. Boleh tahan namanya. Jam Pintar ni akan dilancarkan awal tahun depan sebab nak menyaingi dengan Apple, yang khabar-khabarnya juga, Apple akan lancarkan Jam Pintar, iWatch awal tahun depan jugak. Fuhhh. Memang panass !!


Nilah rupa Jam Tangan Pintar Samsung tu. Wahhh, canggih bebenor. Katanya, Samsung akan lancarkan lebih awal. Iyolah, strategi tuu. Strategi nak menguasai pasaran awal. Model kali ni, khabar anginnya bakal diperkenalkan ketika pelancaran Samsung Galaxy Note III, awal September depan.


Katanya, daripada SamMobile, Smartwatch Galaxy Gear ni bakal dipasarkan dengan LIMA pilihan warna iaitu, putih, oren, kelabu, hitam dan putih keemasan, tapi gambar bawah ini warna lain. Pelik betui.


Sesuai dengan namanya, Gear, Smartwatch yang didasarkan pada sistem operasi Android ini, fungsi dia, sebagai aksesori ataupun pelengkap lah yang akan mendukung pengoperasian siri Android Samsung Galaxy. Bagi hebat lagi, Smartwatch ini ada sambungan Bluetooth LE dan aplikasi Watch Manager. Jangan tanya aku Bluetooth LE tu apa, Bluetooth saja aku tau lah. Hahaha.



Model ni pun dikatakan bakal dilengkapi dengan skrin OLED boleh lentur berukuran 2.5 inci, kamera, accelerometer dan NFC. Jangan tanya aku apa kebendanya accelerometer dgn NFC tu. Aku taktau. Hahaha. Agak-agak berapa ribu laa harga ni. Okay, ciao dulu! Assalamuaalaikum.

sumber : billyinfo
Tinggalkan komen anda. :)


Dah baca kan? Komen sikit ;)

Negara Sudah Merdeka. Tapi Rakyatnya?

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera
Sebelum tu, jom ramai-ramai ucap MERDEKA! dengan penuh semangat woi. TAKBIR! ALLAHUAKBAR! Ehehehe. Yeahh, hari ini 31hb Ogos 2013, genap sudah 56 tahun negara kita merdeka, kan? Tapi, adakah rakyat negara kita ni sudah merdeka?
Negara sudah merdeka tapi minda rakyatnya masih dijajah kuasa asing. Yaa, nak tengok rakyat yang masih dijajah ni tak payah nak buka 'hijab' kat mata tuu, tengok guna mata kasar pun boleh, ye dak? Karang bukan nampak rakyat dijajah, nampak benda lain pulak satgi. Hahaha.

Secara jujurnya lah kan, mengikut pendapat Prof. Dr. Hanani nii, heheeeee, rakyat Malaysia sudah merdeka tetapi dari segi LAHIRIAH sahaja. Tapi, dari segi mental, budaya dan spiritual? Belum wehh, masih lagi dijajah, dibelenggu dan dipengaruh dengan corak fikiran dan budaya asing. Bukan makhluk asing.

Cuba tengok, sekarang remaja dah kurang semangat nak sambut merdeka. Yaa, bukan remaja tu saja yang kurang semangat, honestly, aku pun. Jadi, IniKaliLah Ubah! Ehhh. MALAYSIAKU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU. Tema sambutan Merdeka tahun ni pun, ramai lagi yang tak tau. Kan? Jangan kata hangpa, aku pun, tapi dah tau dah. Hahaa.

Lagi satu, ingatkan, kalau bukan dengan IZIN ALLAH S.W.T, mungkin negara kita tak merasa kemerdekaan seperti ini. Jadi, ucaplah Alhamdulillah. Jangan lupa berdoa untuk kemerdekaan negara saudara-saudara kita dia Mesir, Palestin, Syria dan dimana-mana pun.
Tinggalkan komen anda. :)

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Filem Bocor Di Internet, Facebook Di-Hack

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera


Sudah jatuh ditimpa tangga. Jatuh rasa simpati aku kat pengarah muda berbakat, Syamsul Yusof ni. Kurang lebih minggu lepas, ayah beliau, Yusof Haslam jatuh sakit, masuk hospital. Masalah batu karang tak silap. 
Lepastu pulak, filem KL Gangster 2 pulak bocor kat internet sebelum tayangan. Siapa lah yang tak bertanggungjawab tu, haihh. Tak habis kes lagi, tetiba facebook pulak kena hack. Macam-macam. Tiga musibah dalam satu woo. Eh, dalam satu ka ?

Harap-harap, Syamsul Yusof tak putus asa untuk buat filem lain. Aku sukaa. Masih banyak lagi supporters Syamsul Yusof, ye dak ? Ada hikmah. 

Doa orang yang dianiaya, Allah S.W.T dengar tauu. Beware! ;)


Dah baca kan? Komen sikit ;)

Gambar Yang Buat Anda Kata...

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera
 
WOW!
Gambar ni 'berat' bertan-tan sikit. So, effect gambar tu mungkin lambat. 

Hebat ? O,O
MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!


Dah baca kan? Komen sikit ;)

Rokok? Apa Hukumnya?

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera

Sebelum tu aku minta maaf, mungkin ada sesetengah perokok terasa, dan mungkin yang setengah lagi tu, jiwa kental, beb! Tapi, agama tetap agama, tak gitu?

Cuma satu ja, semoga entri ni boleh buat perokok-perokok di luar sana tu ada timbul niat nak berubah atau mematikan niat nak merokok untuk bakal perokok. Hoi, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih yehh.

Menurut fatwa terkini oleh lebih daripada 400 Ulama', mereka mengatakan merokok itu HARAM berdasarkan ayat AL-QURAN bukan hanya pendapat sebagai seorang Ulama' sahaja iaitu "Jangan jadikan tangan anda sebagai punca kebinasaan anda" -Surah Al-Baqarah, Ayat 195. Contohnya, hangpa tengah solat lepas makan bawang putih yang sedia maklum baunya mengganggu orang, Nabi Muhammad S.A.W tak bagi. Jadi, kalau hangpa (perokok) hisap rokok di hadapan khalayak ramai dan asapnya tu mengganggu orang lain, apa hukumnya? Haram kan?  Kalau ada Ulama' yang kata makruh tu, dia still hisap rokok lah tu.
Sepatutnya, orang Islam yang paling KURANG hisap rokok, sebab duit tu akan di-transfer kepada negara haram, Israel tu. 

Hisap rokok tu memudaratkan, di samping membazir. Ini dah lah tak pergi haji, pastu kata "Saya tak mampu, Ustaz. Duit takda" Ohh, beli rokok boleh pulak, ye dak ? Jadi, perokok di list-kan dalam golongan orang yang mampu, jadi? WAJIB pergi haji. Nabi Muhammad S.A.W kata, "Siapa yang 5 tahun sekali tidak mengerjakan haji atau umrah sedangkan dia mampu, maka, pilihlah mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani. Jaga-jaga yang hisap rokok tu.

Ini paling sadis, bila hangpa (perokok) hisap rokok, asap tu masuk dalam paru-paru, benda haram bercampur dengan darah, darah pulak di'kisar' jadi air mani, seterusnya, jadi anak. Jadi, anak itu datangnya dari benda yang haram. Maaflah, ini memang fakta, hangpa boleh rujuk.

Orang yang merokok, doanya tidak didengari di sisi Allah S.W.T. Macam mana, Allah S.W.T nak dengar sedangkan dia suap dalam mulut dia benda yang haram. 

Jadi, belajarlah berhenti hisap rokok walaupun susah. Nak seribu daya, tak mau banyaklah alasan. Doa banyak-banyak kepada Allah S.W.T. Lagi satu, syaitan suka benda yang berasap, jadi orang yang hisap rokok tu? Lu pikir lah sendiri. Assalamuaalaikum wbt. 

Tinggalkan komen anda. :)

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Si Putih Sudah Tidak Putih Lagi

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera

Kemain tajuk, kalah iklan serbuk pencuci FAB tu. Yaa, Putih, kenal Putih? Bukan Putih si Ponticucu tuu. Sebelum ni, aku tak pernah pun cerita pasal kucing-kucing aku. Yaa, aku ada banyak kucing, tapi hampir kesemuanya dikasi orang dan dibuang dan dimatikan menemui ajal. Bukan aku yang buang. Dicuri? Belum pernah.
Sekarang aku ada dua ekor kucing yakni si Putih dan anaknya si Putih. Kalau diikutkan hati aku yang suci dan bersih ini, mau saja aku penuhkan rumah ini dengan kucing-kucing. 
ini lahh Putih, walaupun tak Putih seperti yang disangka-sangkakan. 
Dahulu kala semasa beliau dilahirkan, sangatlah Putih, akhirnya aku mengambil keputusan untuk menamakan beliau dengan nama Putih. Namun, setelah menginjak dewasa, beliau tidak lagi Putih. Mungkin akibat sentiasa terdedah akan cahaya matahari. Berapa kali aku menasihati beliau supaya memakai sunblock, tapi beliau tak endahkan nasihat aku dan terima lah akibatnya.
Putih, pabila siang mata nya biru muda, dan pabila matahari menyembunyikan diri, matanya berubah menjadi sedikit hazel dan kadangkala hitam sedikit.
Beliau mempunyai habit yakni, setiap pagi, beliau sentiasa duduk di hadapan pintu kamar aku, kadangkala bangun-bangun dalam keadaan mamai lagi, terpijaklah beliau. Dan, setelah itu, sentiasa ikut aku ke mana sahaja aku pergi. Adakah ini dinamakan CINTA? Maaf, ini bukan soal cinta tak berbalas. Sekian sahaja untuk kali ini, salam permisi dari gelanggang diskusi. Kita sambung lain hari.

Harini bahasa aku sangatlah baik, bukan ? Hahaha.
Tinggalkan komen anda. :)

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Majalah Mangga Difatwakan Haram.

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera
Siapa-siapa sini selalu / pernah beli majalah Mangga ke Mempelam ke.Eh, bukan majalah Mangga atas tu haa. Yg tu laa. Seeloknya, berhenti lah beli. Bukannya ada manfaat apa pun. Ye, aku tau tak guna duit aku pun, kan. 
Tak silap aku, dulu-dulu takdalah sampai gambar artis terdedah gila-gila, tapi yang baru punya ni, Ya Allah, teruk. Mana taknya, majalah ni dah boleh dikategorikan sebagai klon si majalah Playboy tu.
Pihak Jabatan Mufti Kedah Darul Aman telah memfatwakan bahawa majalah hiburan Mangga terbitan Utusan Karya haram dibaca dan dilihat. Kalau TERlihat kat mana-mana kedai tu. Takpa lah kot. TER kan.
Menurut Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 menjelaskan bahawa: 
“Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif.” 
Lagipun, memang patut pun haram tu. Tapi, banyak lagi kan majalah yang jenis-jenis macam ni. Hmphh. OK, Assalamuaalaikum.
Do leave a comment :)

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Penyerahan Doodle-Buster by Nanie

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera

Petang yang redup ditambah lagi dengan deruan angin yang sepoi-sepoi bahasanya. Baik budi pekertinya. Amboii. Haha. Agak lama rasanya, doodles segment ni terperap dalam folder yang ada dlm laptop ni. Maaf yehh.  Maka, hari ni akan langsailah semua hutang-hutang doodle. Kihkih. 
Doodles kat bawah ni semua hak milik PESERTA SEGMENT ini sahaja. Dilarang ambil bagi mereka-mereka yang tak join. Jadi, tempahlah. Ahaks.
Sebelum tu klik dulu apa yang patut. Hihii.
http://bit.ly/15bH941http://bit.ly/15bHjZthttp://bit.ly/151jJ1l
OK. Top Referral jatuh kepada 2 orang blogger yang sangat bertuah.
Kepada 2 blogger bertuah tu. Silalah PM aku di sini

Kepada peserta-peserta lain, silalah claim doodle anda di bawah ni. Tekan saja link blog anda, dan terkeluarlah doodle tu.

Wokeyhh. Selesai sudah hutang aku kepada hangpa semua. Kalau ada yang terkurang, bagitau sahaja deh. 
Do leave a comment. :)

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Alat Make-Up Boleh Bawa Maut

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera

Sejenis bahan kimia yang biasanya digunakan dalam gincu bibir, pencuci muka dan ubat gigi boleh menyebabkan masalah jantung dan otot, penyelidik memberi amaran.


Mereka mendapati bahawa Triclosan, yang terkandung dalam ratusan produk isi rumah dapat menghalang proses di mana otot termasuk jantung, menerima isyarat dari otak. 

Dalam ujian ke atas tikus, mereka mengakui satu pengurangan dramatik 25 peratus fungsi jantung dalam tempoh 20 minit pendedahan dan memberi amaran ada bukti kukuh ia mungkin menjejaskan kesihatan manusia. 

Namun pengawal selia dan pakar lain menegaskan paras triclosan dalam produk adalah selamat dan dos disuntik ke dalam tikus lebih tinggi berbanding di mana manusia akan terdedah.

Bukti kukuh

Saintis menganggap bahan kimia itu, yang dirangka untuk menghalang pencegahan bakteria di hospital, diproses secara kimia dengan segera oleh tubuh tanpa kesan membahayakan.

Bagaimanapun, penyelidik di Universiti California berkata ia mungkin kekal aktif dan dipindahkan ke organ tubuh, menyebabkan kerosakan.
Penemuan itu menyediakan bukti kukuh ia mencetuskan kebimbangan kepada kedua-dua kesihatan manusia dan alam sekitar, kata Profesor Isaac Pessah, yang mengetuai kajian itu.

Fungsi jantung menurun

Beliau berkata, bagi seseorang yang sihat, satu penurunan 10 peratus dalam fungsi jantung mungkin tiada kesan, namun jika mempunyai penyakit jantung ia mungkin satu perbezaan besar.

Pasukan berkenaan menyuntik sekumpulan tikus dengan triclosan. Mereka melihat satu pengura-ngan yang ketara fungsi jantung sebelah kiri dalam tempoh 20 minit.
sumber : billyinfo

Dah baca kan? Komen sikit ;)

CPUV Pertama Dari Nuffnang!!!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera

Tadi petang lepas Asar sesaja lah gatal pergi bersemuka dengan En. Nuffnang. Dah lama gila tak jumpa dia, merajuk lah katakan. Wekk. Tiba-tiba terpandanglah bahagian CPUV tu. Eh, ada isi lah. Wahh, alhamdulillah, En. Nuffnang buat surprise. Seronok laa. Ehh, jangan memperlekehkan aku, ye laa, tau laa yang hangpa punya dah berpuluh-puluh, mungkin ada yang beratus-ratus. First time nih FIRST TIME. Hahaa.
Tekan bagi besar sikit. Hahaa. Tengokk, masih On Going. Huwhuw, terima kasih laa En. Nuffnang dan 'The Mortal Instrument' sebab bagi aku merasa dapat CPUV/BE nih. Kalau ternampak iklan pasal tu, jangan malu, jangan segan tekan iklan tu yer. 

Raya pun masih 'On Going'. Selamat Hari Raya !!!

Do leave a comment. :)

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Kalau Meninggal Di Makkah...

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera
 
Umat Islam manalah yang tak mau meninggal kat Tanah Suci Makkah. Semua orang nak sangat jejak Tanah Suci. Tapi yang belum jejak tu, insyaALLAH, cukup masa, duit tu boleh lah. Ramai kan yang nak meninggal kat Makkah. Kejap eh, kalau kita meninggal kat Makkah apa yang akan jadi? 
Kalau meninggal kat Makkah. No batu nisan tau. Tiada. Susah untuk ahli keluarga atau sesiapa yang nak ziarah kubur kita nanti. 
Hm, kita dapat perjalanan FREE ke Masjidil Haram, dibayar oleh pakej yang kita datang sini. Maknanya guna duit kita. Tak free la maksudnya. Ni lah vannya.
Jenazah kita akan disusun di bawah tempat Muazzin (Bilal) di dalam Masjidil Haram sebelum disolatkan.
 Dan inilah castle of glass istana yang kita dapat.
Di dalam Ihya’Ulumuddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :
Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, ‘Masuklah ke dalam syurga’
P/s : Moga kita semua berpeluang menjejaki Tanah Suci Makkah, InsyaALLAH. 
 Beruntunglah mereka. Hahh, ada seorang artis ni yang meninggal dekat Makkah. Tak silap aku, Arwah Ismail Din namanya. 
Selamat berpuasa dan Selamat Hali Layaaa !
Assalamuaalaikum :)
sumber: Billyinfo
Do leave a comment. :)

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Cubaan Anda Tidak Berjaya

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera
Azan Asar sedang berkumandang, Azan Maghrib bila laa nak berkumandang. Tak terpandang dek aku makanan-makanan dia dapur. Merepek. Biasalah, perut dah buat konsert.
Hari ini, aku nak story kat hangpa. Semalam, aku sesaja lah nak check messages kat Cbox, messages tu berbunyi:
Kalau tak berapa nak crystal clear, tekan ja gambar tu.
Lepas tu, aku pun dengan gatai tangannya, klik la link tu. 'Kau Selalu Bersamaku'. Iyeke? Bersamamu?
Dan dan dan, tiba terpacul satu message bila aku klik link tu. Message tu berdendang:

Nampak tak? Tak berapa nak kelia clear? Meh, aku tolong bacakan.
"If you want to see this blog, please follow me before continue"
Aku pun tekan je la button 'OK' tu, dan terpacul lah lagi satu message:
Kalau tak boleh baca, tekan gambar bagi besar gedabak gedebuk. 
What? Dia suruh aku login balik? Pastu selang beberapa SAAT,
Blog dia berubah menjadi :
Aik? Apa pasal URL Login Blog berubah ni, apa lagi, dengan senang hatinya, aku tekan button [x] kat page tu. 
Aku try bukak account Cbox, nak tengok IP address dia dan :
Kalau hangpa rajin, tolonglah detect, aku tak tau macam mana nak detect IP Add, dia tu.
175.136.220.236
Pesanan Khidmat Masyarakat: Kalau hangpa jadi macam ni jugak jangan sesekali Sign In tau. Ini cubaan untuk depa detect account blog hangpa. 
Aku dah pernah kena dah dulu, sebab tu aku dah boleh syak dah. Nak baca? Meh sini : http://nanitheawesome.blogspot.com/2012/06/selamaat-be-careful.html
Poopaye ! Assalamua'alaikum

Do leave a comment. :)

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Kehidupan Pada Tahun 3000

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera

Agak-agak macam ni kot, kehidupan masa hadapan nanti. Apa-apa pun, jom tengok.


Hahaha, lawak ada, geli ada, menarik pun ada. 
Poopayee ! Assalamuaalaikum. :)

sumber : billyinfo

Do leave a comment. :)

Dah baca kan? Komen sikit ;)