Ice Watch Giveaway by Mibz and Alya Jane

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera
 
Atoto , best gilos hadiahnyaaaa . Jom ar joinnn , Rugi wehh , meh sini mehh join klik banner . 
Aku dah ikut semua syarat simple yg telah ditetapkan iaitu , jeng jeng jeng :
1. Aku dah follow blog Mibz dan Alya serta Amer Corner !
2. Aku dah like fanpage Mibz dan Alya serta Amer Corner jugak !
3. Aku tengah buat entry ni :D
4. Dah tampal dah banner tu . tengok lah kat atas . siap tekan2 keluaq blog Amer Corner, DAEBAK !
5. Tag kawan ? hurm, tengok kat bawah.
6. Nanti aku tinggalkan link entry ni lepas entry ni siap, tak siap lagi ni.
7. Dah klik , sungguh baik hati kan aku ? ==' (masuk bakul angkat sendiri)
 
Syarat-syarat utk facebookers pun aku dah laksanakan dengan jayanya ! aeceh . hahaha, Nak bukti ? Alarh bukti pulak . Ambik lah , meh sini tengok . 

Dah percaya dah ? Hahaha, 

TAGGED !
Ain , Fina dan Sis Mila serta semua yg baca !!!

Okay , sekarang ni aku dah hampir siap buat syarat simple yg ke-tiga , rujuk balik. Dan aku nak buat syarat simple yg ke-enam :) 

GOODBYE !!! 

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Senarai Sponsor 1st GA by Nanie

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera
Berikut adalah senarai sponsor yg akan meng-sponsor 1st GA yg aku akan buat tak lama lagi. Sesapa yg nak join 1st GA ni , hangpa semua wajib follow | like | click , kalau nak senang hangpa like follow dulu sponsor yg ada nanti kalau GA dah start taklah hangpa susah nak buat semua tu, kan kan kan ?
-----------------------------------------------------------------
1. Nanie : Topup RM 5 (1) | Cursor Nama (5)
 - Follow | Follow
2. Fiq Izumi : Topup Maxis RM3 (1)
 - Follow | LikeClick

3. Sirambot Maggi : Header (1) | Banner (1)
 - Follow | Like

4. MIraclelight Shop : Voucher RM 10 (2)
 - Like | Follow | Follow

5. Ejulz - Sophie Paris Malaysia : Topup RM 10 (1)
 - Like | Follow

6. NurHazwani Abd Shukor : Bodymate Seaweed Juice Collagen (1) | Jamu Susuk Dara Feminin Wash (1) | Ibu Collagen Mentah 100g (1)
 - Follow | Like | Like

7. Sorfina : Topup RM 5 (1)
 - Follow
8. ANN LiTTLE CLOSET : RM 5 (x) RM 5 (x) RM 5 Voucher (5)
 - Like | Like


Dah baca kan? Komen sikit ;)

Entri Bergambar: Trip To Bukit Merah Laketown Resort

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera
Memandangkan PMR dah tamat cuma tunggu result je nak keluar jadi, my classmates and I (3KAA1) dan seorang lagi kawan aku dari kelas 3KAA2 decided nak buat trip pegi Bukit Merah Laketown Resort. Memang gempak gila. Tambah-tambah lagi tahun ni entah mcm mana classmates aku tetiba jadi sporting. Bertambah gilaa lah gempaknya tu kan. Satgi kita tengok gambar naa. Sekarang ni masa nak story dulu. Transport pulak pandai-pandai lah tumpang sesapa. Kami pergi dgn tiga kereta lah tak silap . Aku tumpang kawan aku yang juga seorang blogger. Nama dia Ain Shuhada, ni blog dia (http://strawberrycandid.blogspot.com/) ada lagi yg tumpang dengan dia 4 orang salah seorangnya adalah aku . HAHA. Dalam 3 orang tu ada lagi blogger iaitu Sorfina (fina) ni blog dia (http://cutieclementine.blogspot.com/) Kami keluaq lambat sikit jadi sampai sana pun lambat lah kan. Tapi dah kawasan rumah kami-kami ni kira dekat jugak dalam kurang lebih 20 kilometer jadi dalam 45 minit ja dah sampai. Sampai sana ja memang kami terus pergi Water Park lah. Mandi-Manda ! Tiket untuk kami RM15 seorang sebab kami asal memang dari Perak tapi hangpa yang duk luar dari Perak tu mahal sikit lah. Buuuuu! Tapi yang paling best sekali ialah BOOMERANG !! gila best tapi menyeramkan memang menjerit-jerit tinggi gila wehh. 
ni lah boomerang tu. Tinggi kan ? 

Apabila aku menaiki nya memang berdebar-debar rasa macam nak terkeluar nyawa dan terkeluar organ-organ dalaman. Abang yang jaga tu jahat gila memandangkan dia yang akan tolong kita push untuk jatuh daripada atas tu. Ada ke patut dia letak aku dekat tebing (tebing ke? lantaklah) tu dia suruh aku tengok bawah , seram gila. Tragedi ini juga berlaku kat kawan-kawan aku yang lain. Tapi it's Awesome ! Sekarang ni tayangan gambar yang hangpa semua nantikan, right ? Gambar ni semua aku ciplak dari fb Ain Shuhada. Aku mana sempat nak tangkap seronok sangat.


Ada lagi gambar tapi tak larat lah aku nak buh banyak-banyak. Adiosss :D
Sesapa yang duk luar Perak atau dalam Perak yang tak pernah pegi Bukit Merah ni pergilah best oo , kalau hangpa pegi Water Park hangpa bayar tiket dan semua game yg ada situ semua hangpa boleh terai (try) .
Gudbai for now :)

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Contest Blog Cun Melecun by Ika dan Ayu

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera

Assalamua'alaikum dan salam sejahtera serta salam 1Malaysia ! Dengan ini saya sbg seorang blogger ingin sekali menge-joinkan diri untuk join Contest yg ada banner doodle yg comel dan cun. Saya sedar blog saya ini tidaklah secun sebagaimana tajuk contest itu tapi comel tu ada lah kot , perasan gilaa. Saya juga telah mematuhi syarat-syarat yg telah dikemukakan iaitu :
1. Saya seorang blogger, kalau saya bukan seorang blogger tak wujudlah entry ini di blog ini.
2. Saya seorang Malaysian bukan seorang Myanmarian tak percaya mai sini tengok I/C.
3. Saya seorang perempuan bukan lelaki dan yang pasti bukan KHUNSA !
4. Saya juga telah meWAJIBkan diri untuk follow blog Ika dan Ayu, like fanpage (dua-dua) dan follow twitter Ika.
5. Saya telah meWAJIBkan diri untuk follow/like sponsors. (Y)
6. Secara keseluruhannya, saya juga telah mematuhi segala aturan dan syarat-syarat di atas.
Okay, saya jumpa contest ni kat blog Ika jadi saya linkkan banner kat atas tu kat blog Ika dan linkkan entry ni kat komen blog Ika. Last but not least, tunggu masa nak tag >3 orang blogger iaitu:
Ain ... Sis Schaa ... Sis Cci ... semua yg baca ni !!

p/s : Wei, sorry aku rasa entry ni terlebih baku lah , karangan BM aku pun tak sebaku ni, beku ada lah. Harap hangpa boleh baca. Bhahaha. Gudbai !

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Blog Aku Dah Transform

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera


Yahh , akhirnya setelah sekian lama aku pendam nak edit blog akhirnya tercapai jugak hasrat aku ni. Sebenarnya aku malas nak edit , aku rasa macam nak tempah tetapi aku rasa lebih baik aku edit sendiri tapi terpaksa lawan penyakit M tu lah. Akhirnya, inilah hasilnya , Amacam okay tak ? Yang baru ni okay lagi atau yang lama tu okay *sila comment* hehee ,
Apa yang berubahnya kat blog ni ialah header, cursor, sidebar, font, scrollbar dan button to top. Tambahannya, aku tambah divider dekat sidebar tu cuba tengok . HAHA. Tapi rasanya memang mencabar gila-gila. Hampir-hampir ja template aku ni rosak sebab tersilap coding, FUHH ! Daripada balik sekolah semalam (25th/October/2012-2.30p.m) sampai malam tu pukul 10.40p.m pastu sambung pulak harini dari balik sekolah (26th/October/2012-1.00p.m) sampailah sekarang pukul 10.50p.m, tapi dah siap dahlah , kalau tak siap lagi tak dak lah entry pasal ni. HAHA.
Sekarang ni aku harap hangpa suka lah dengan design aku yg kali kedua ni . Suka tak ??? Cepat komen sekarang . Hehehe. KLah , Sampai sini je lah , Wassalam .



Dah baca kan? Komen sikit ;)

First GA by Fatin Najwa

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera

Hey Uolls ! ;) Lama benor tak join giveaway ni , tapi hari ni tetiba rasa berminat pulak nak join, sebab ada satu hadiah tu mmg menarik-narik hati aku ni macam nak tercabut dah . risau pulak nanti bila tercabut so, tu yang ambik keputusan nak join GA dari akak kita yg comel tu -> FATIN NAJWA . Jom lah join !


Click lah banner kat atas tu sebab hangpa wajib join . HAHA .
Hangpa nak tau tak hadiah apa yg aku gila tu , jeng jeng jeng

.
.
.
.
.
.
WJ8132 Color Stripe Jacket Yellow !

Ada lagi hadiah yg lain marvelous jugak , so, tunggu apa lagi jom lah join !


TAGGED :
ain , fina , kak atiey dan semua yg baca entry ni

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Wordless Wednesday #1 : Sakit Hati

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera


Aku sedar siapa aku tapi jangan layan aku macam makhluk asing !

I was your friend when you were single


Dah baca kan? Komen sikit ;)

Aku Dah Jadi Ex Dia

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera


Aku dah jadi Ex dia tapi aku tak macam perempuan dalam gambar tu. Gambar tu AUTA ! Perempuan dalam gambar tu sedih tapi aku gembira. Gembira yang amat sangat. Gembira sebab aku rasa BEBAS BEBAS BEBAS !!! Bebas daripada kongkongan dia. Kongkongan dia yang sentiasa memaksa aku untuk hidup dalam tekanan. STRESS STRESS STRESS. Stress tahu ? Aku tahu hangpa pun boleh rasa apa yang aku rasa sebab hangpa pun pernah rasa, bukan ? 
Ya, hangpa jangan menipu aku yang hangpa tak pernah rasa perasaan stress tu tapi bila hangpa dah putus dengan dia mesti hangpa rasa bebas macam aku rasa sekarang. Dan sekarang ni aku nak menjerit :

AKU DAH BEBAS DARIPADA PMR !!!
AKU DAH BEBAS DARIPADA PMR !!!
AKU DAH BEBAS DARIPADA PMR !!!
AKU DAH BEBAS DARIPADA PMR !!!
AKU DAH BEBAS DARIPADA PMR !!!

HAHAHA ! Aku lega aku lega aku lega. Ohh nikmatnya. Kalau tidak aku rasa terkongkong sangat-sangat. Tapi bila aku naik form 5 aku akan rasa lebih terkongkong. Arghh itu lagi 2 tahun. Dan dalam 2 tahun tu aku akan cuba biasakan diri dengan hidup yang terkongkong dengan bakal 'boyfriend' aku. Dan mungkin aku akan jadi doktor pada suatu hari nanti. InsyaAllah. Macam Fatin Liyana yang merupakan blogger + bakal doktor . Aminn (Doa-doalah kat aku ye)

TAMAT / THE END 
------------------------------------------------------------------------------
Habis dah cerpen kat atas tu. Macam mana dengan bekas-bekas BF/GF PMR ? Nani rasa bebas sangat-sangat. Kalau tidak full-time kena menghadap buku. Full-time lah sangat. Takkan time tidur pun menghadap buku ? Ceh. Okaylah lega lepaskan segala perasaan ni kat hangpa semua . See You Again ! =)

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Filem Seram Yang Dinantikan !

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera

Filem tu mmg seram tapi sebenarnya filem tu ada di Malaysia sahaja kat negara lain ada jugak mungkin tapi namanya mungkin lain lah nama pun negara lain kan kan kan tengok lah kat bawah ni details lengkap 'filem' tu.
FILEM SERAM YG DINANTIKAN !
Tittle : PMR 2012
Genre : Seram (sesetengah org boleh kaku dan pengsan)
Tarikh Tayangan : 9th October 2012 - 16th October 2012
. . . . .
 Penerbit : Kementerian Pelajaran Malaysia
Arahan : Pengawas Peperiksaan
Tempat : Dewan Sekolah di seluruh negeri di Malaysia
Tiket : Percuma untuk Tingkatan Tiga sahaja
HAHA ! maafkan saya sebenarnya gambar di atas tu hanya hiasan semata-mata , mintak maaf nah. Serrr, lagi seminggu je lagi dari sekarang (Isnin - 01/10/12)  Harap dapat buat dengan sebaik mungkin lah. Lagipun Trial PMR dapat keputusan yg agak kurang memuaskan. Mana tak nye dapat 3A 5B 1C ahh C tu mencacatkan. C tu Kemahiran Hidup (Perdagangan) susah sebab tak minat ! Yang A tu B. Melayu, English dan Mathematics. Yang B tu subjek yg Nani tak tulis dlm ni lah termasuk Bahasa Arab. Doakan untuk Nani ye ! Harap dapat genggam lah 9A tu !
Kepada Bloggers dan Stalkers yg baca entri ni yg PMR candidates jugak sama-sama lah kita berjuang untuk kejayaan kita untuk masa hadapan yg cerah !

Do pray for me cos I'll always pray for you, guys

Nota Pelutut : Blog ni akan bercuti sampai 16hb October jadi sabar je lah , Peace Yaw. Awrrr !

Dah baca kan? Komen sikit ;)