BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 Malaysia Concert

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera


Weh , meh sini nak habaq mai. BIGBANG nak buat concert dekat Malaysia lah ! *histeria kejap*. This is absolutely a good news for all K-POP fans especially me and BIGBANG fans in Malaysia !!! The BIGBANG TICKETS info and prices of BIGBANG Alive Tour 2012 in Malaysia has been confirmed !

DATE : 27TH OCTOBER 2012
VENUE : STADIUM MERDEKA KUALA LUMPUR

Arghh sh*t ! I can't go ! PMR is just around the corner. Mood sampai sekarang ni duk bebai. arghh, tension. I wanna go, someone please bring me there. I really want to meet my husband, T.O.P *dia memang suami Nani lah, hahaha* still tak percaya ? lantak kat hampa lah, hahaha, ada aku kisah ? entry ni hanya untuk nak inform-kan dekat BIGBANG fans ! tapi kalau yang dah tau tu tak apa lah , lagi bagus. Hampa nak beli tickets ke ? Beli kat Nani sama tau, kalau tak, I'LL CUT OFF YOUR HEAD ! amaran yang jelas kan ? melawak ja hahaha, nah ambik link ni kalau nak beli tickets. eh sebelum tu tengok dulu harga-harga tickets tu. Harganya agak mahal. Harap sesangat boleh pergi :'(

Tickets Prices for BIGBANG Malaysia Alive Tour 2012
RM 688 : VIP Seating
RM 588 : Premier Rock-pit
RM 488 : Rock-pit
RM 388 : Seating
RM 188 : Free Standing
RM 288 / RM 198 / RM 98 : Free Seating
LINK UTK BELI TIKET : 

Bawah ni macam peta kedudukan mengikut harga tiket masing-masing

p/s : Kalau hampa pegi, bagitau dekat suami Nani (T.O.P) suruh dia balik, sibuk dengan band dia je aih. lagi satu habaq kat dia yang Nani rindu dia sesangat ! maaf meroyan sekejap.

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Segmen : JOM TAMBAH FOLLOWER BLOG SEBANYAK MUNGKIN !!!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera


http://i.imgur.com/EmU7E.png
COPY url header Izzah kat dlm block-quote tu

FOLLOWER buat masa ni : #184

segmen tamat : 15th September 2012

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Kurangkan Ketawa Banyakkan Menangis

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera


Seriously, tajuk tu pelik, kan ? Tadi Nani stalk kejap kat blog Pen Patah pastu terjumpa entry ni. Pastu lepas baca entry ni rasanya macam menarik jugak. So, wujudlah entry ni dekat blog ni.
.
.
.
.
Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah bermaksud: “Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia).” Dan dalam ayat 60 surah an-Najm yang bermaksud: “Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?”

Mesej daripada maksud dua potong ayat di atas walaupun pendek, sarat dengan pelbagai pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua, betapa Allah SWT mencemuh golongan munafik yang boleh disifatkan sebagai golongan yang mana hidup mereka penuh dengan kepura-puraan.

Sesungguhnya kedua-dua ayat berkenaan di atas ditujukan kepada golongan munafik yang banyak mempersendakan kebenaran ayat-ayat al-Quran ataupun pengajaran daripada hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Mereka merupakan golongan yang menzahirkan luaran mereka sebagai orang Islam, tetapi pada sanubari mereka menyatakan kebencian yang amat sangat terhadap Islam, lebih dahsyat daripada orang bukan Islam.

Mereka menyatakan kononnya mahu melakasana dan menegakkan hukum-hukum Islam, tetapi pada masa yang sama menyubur serta memperbanyakkan program-program maksiat melalui penganjuran sitcom-sitkom gelak ketawa, malah dipertandingkan seperti ‘Rajalawak’/'Lawaking’ yang mahu mengajak penonton supaya banyak ketawa dan menangis sedikit.

Tidak ada program lawak yang mengajak manusia untuk berfikir pada alam akhirat atau menyebabkan mereka menangis. Tetapi yang jelas bahawa mereka diajak untuk ketawa hingga lupa tugas sebenar untuk beriman kepada Alla SWT, sesungguhnya terdapat pandangan di kalangan ulama kontemporari hari ini yang menegaskan bahawa umat Islam adalah umat serius yang mempunyai tanggungjawab besar menyeru manusia sejagat untuk kembali kepada fitrah mereka iatu menyembah Allah – Tuhan segala manusia.

Apa yang jelas jika ciri-ciri golongan munafik ada dalam diri insan Muslim, ia boleh dianggap sebagai satu musibah besar, kerana ciri-ciri tersebutlah yang akan mengundang kemarahan Allah dan sudah pasti tidak akan berjaya mendapatkan pertolongan Nabi Muhammad pada hari akhirat kelak.

Perkara ini ada ditegaskan Allah melalui firman-Nya dalam ayat 145 surah an-Nisaa yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.”

Berdasarkan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan:

Tanda orang-orang munafiq itu ada tiga keadaan.

* Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.
* Kedua, apabila berjanji, dia mengingkari.
* Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia mengkhianatinya.

Amanah Daripada Allah

Apabila dilihat kepada maksud pengisian yang ada dalam hadis baginda di atas, kita dapat simpulkan bahawa masih terdapat di kalangan umat Islam hari ini yang sanggup berdusta semata-mata untuk mencapai impian dalam hidup mereka.

Mereka tidak mempedulikan larangan Allah atau suruhan-Nya, yang dilarang itulah menjadi keutamaannya untuk dilakukan, sedangkan suruhan Allah diabaikan. Gambaran ini dapat dilihat secara jelas, sebagai contoh penyertaan individu Muslim dalam program yang dilarang seperti Rajalawak, ia menjadi pilihan dan kesukaan ramai manusia hari ini, pada masa yang sama ramai juga yang meninggalkan solat kerananya.

Begitu juga individu Muslim yang berbuat janji, apatah lagi janji mereka kepada Allah seperti dalam lafaz yang diungkapkan dalam solat, sesungguhnya hidupku, matiku dan seluruh amal ibadatku adalah hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam.

Tetapi selepas solat, banyak perkara yang dijanjikan itu disanggah secara langsung atau tidak langsung, ramai Muslimat yang solat dengan pakaian kain telekung yang mencantikkah penampilan mereka, tetapi ramai juga di kalangan mereka mendedahkan aurat atau menampakkan rambut mereka di hadapan khalayak lelaki.

Begitu juga dengan amanah yang diberi, terutamanya amanah sebagai manusia Islam yang diwajibkan untuk melaksanakan segala titah perintah Allah SWT dalam erti kata sebenarnya. Tetapi ia hanya seruan yang tertinggal di atas mimbar oleh khatib pada setiap hari Jumaat, ia tidak digarap dengan baik oleh para jemaah, amanah untuk membangun bersama Islam tidak ditepatinya. Amanah untuk mendaulatkan Islam juga hanya retorik semata-mata, kesemua agenda hidup tidak berteraskan untuk kurangkan ketawa dan menangis banyak kerana takut kepada Allah.

Program-program kuliah dan ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kebanyakannya dihadiri oleh golongan pesara walaupun terdapat golongan muda atau remaja, tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Mungkin kempen kepada golongan ini untuk ke masjid atau surau tidak dikuat-kuasakan oleh pihak berkuasa, sebab mereka pun tidak terfikir untuk ke masjid atau surau, tetapi kempen untuk program ketawa seperti ?Jomheboh? dan lain-lain dipromosikan dengan hebat sekali, sebab yang berkempen pun akan menyertainya.

Yang Pahit Itu..

Kepada mereka dibacakan sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Kemanisan di dunia akan memahitkan nanti di akhirat, dan apa-apa yang memahitkan di dunia akan memaniskan seseorang itu di akhirat.”

Sesuatu yang manis pasti akan menggembirakan seseorang, seperti kerap makan durian yang sedap dan enak, tetapi ia akan menjadikan seseorang itu mungkin akan terkena obesiti dan kencing manis, berbanding dengan ubat periuk yang pahit, bagi pengamal yang sering meminumnya walaupun tidak sedap, tetapi ia menjanjikan kesihatan yang baik.

Begitulah sebaliknya bagi mereka yang mengutamakan yang pahit, maksudnya menjalani proses hidup sebgai Muslim yang beramal dengan solat lima kali sehari semalam. Ia menjadi manis bagi orang biasa buat, tetapi ia dianggap pahit atau sukar untuk dilakukan bagi mereka yang tidak biasa atau golongan yang memiliki ciri-ciri orang munafik.

Apapun semua yang pahit itu sebenarnya akan membahagiakan seseorang itu nanti di alam akhirat, termasuklah berada dalam jemaah yang berteraskan Islam. Untuk memajukan Islam sebagai cara hidup bukanlah satu perkara yang mudah, namun ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dan kewarasan pemikiran untuk mendapatkan syafaat (rekomendasi) daripada baginda Rasulullah s.a.w. di akhirat kelat, Insya-Allah. Yang penting banyakkan menangis kerana takut kepada Allah SWT.

Sumber : PenPatah > akuislam.com 

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Selamat Hari Raya !

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera
.
.
.
.
Berlalulah sudah Ramadhan
Sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan
Semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan
Bersyukur tak terkira

Kuih dan muih beraneka macam
Makanlah jangan hanya dipandang
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai Duit Raya lupa nak diberi.

Amacam raya tadi. How about your earning ? DUIT RAYA. Actually, tahun ni entahhlah rasa malas sangat nak pergi berjalan raya. Raya rumah dekat-dekat je. Start pergi beraya ada lah dalam lebih kurang pukul 9.50 pagi macam tu lah sampai pukul 12.30 je. Lepastu duduk terperap dalam rumah. Tapi apa yang bestnya , duit raya tetap MASYUK ! Iyalah kawan-kawan parents Nani datang pastu depa (diorang) nak balik. Nani pun pergi lah salam. And then, depa tu sualah Ringgit Malaysia depa tu, tapi Duit Raya tu tak samalah macam pergi berjalan. Buat masa ni hari Sabtu, 19/8/12 , 10.32 pm , Nani dapat adalah lebih kurang RM30 macam tu, hahaha , dapat jugak kens. Betapa ramainya datang rumah Nani, habis Laksa yang mak Nani buat sampai Nani tak sempat nak makan lepastu. Sempat makan time baru siap je. Baru cadang nak makan lepas depa tu balik. SADISnya. Okaylah sampai sini je lah kot. See You Soon !
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITR MAAF ZAHIR dan BATIN
Nani nak mohon maaf seandainya ada salah dan silap Nani yang ada
menyinggung perasaan readers and lovely followers sekalian

Lot of loves,
Nani 

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Happy Left-Handed Day ! - 13th August

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera


! SELAMAT HARI KIDAL SE-DUNIA !
Ahaha, sangat beruntung kepada semua yang menulis dengan tangan kiri. Oopps! termasuk jugak Nani. Kepada yang tulis dengan tangan kanan, jangan jealous okay! Orang kidal je ada hari, Orang tangan kanan tak ada tau, bhahaha. Kalau nak ada juga HARI KANAN SE-DUNIA, buat sendiri lah, ataupun belajar tulis tangan kiri, bukannya susah pun *macam senang je*. Hurm, Nani nak cerita sikit lah pasal macam mana Nani boleh tergolong dengan KIDAL ni. LET'S THE STORY BEGIN !

Masa zaman Nani kecil-kecil dulu, Nani tulis dengan tangan kanan. Kata mak Nani lah. Lepas tu bila dah jejak ke alam persekolahan, Tadika a.k.a Pra-sekolah, Nani bertukar, daripada tulis tangan kanan, Nani tukar tulis tangan kiri, tak ke pelik gitu ? bhahaha, time waktu tu, punya lah susah sampaikan kalau makan dengan sudu, diulang 'dengan sudu', Nani terpaksa makan dengan tangan kiri sebab dah terbiasa lah kan. kekeke. Nantikan entry Nani yang seterusnya tentang KELEBIHAN DAN KEBURUKAN TANGAN KIDAL !


Dah baca kan? Komen sikit ;)

Jom Buat Ketupat

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera
.
.
.
.
.
Harini mmg penat gila-gila lah *belum gila lagi*, macam mana tak penat, semalam Nani pergi tolong mak kawan Nani kat kantin sekolah Bagan Serai *walaupun Nani sekolah Sri Kurau*, sekolah tu buat qiamullail, mana taknya Nani pergi dalam pukul 3 petang mcm tu buat kerja sampai pukul 12 tgh malam, pastu bangun pulak pukul 3pagi siapkan untuk sahur, tapi Nani tetap enjoy sebab mmg best lah ! stop lah melalut dah lari topik dah ni, okay lah, back to the topic :p. Memandangkan raya lagi berapa hari je lagi, jom lah buat ketupat, Nani dah kempunan dah ni lama tak makan ketupat tambah-tambah lagi lemang, perghh rindu ! Tapi Nani tak pandai sangat buat ketupat petak (segi empat) tu *tak tau nama ketupat tu apa kekeke* , selalunya buat yang segi tiga tu je lah yg guna daun palas tu.tengok je lah gambar kat bawah ni , kekeke

SEMOGA BERJAYA ! kekeke


Dah baca kan? Komen sikit ;)