Bosan (Part I) Love Live Laugh

Hari ni Nani teramatlah bohsan jadi sebagai takmau mengosongkan blog, Nani nak tulis satu cerita yang agak merapu,
SEBELUM TU , kalau anda bosan jugak silakan membaca dan bagi yang tak bosan pulak 
 SAYA SEDANG MEMAKSA ANDA UNTUK MEMBACA ENTRY NI JUGAKS
tanpa melengahkan masa, jom baca !
_______________________________________________________________________________________

Alkisah ada laa seorang remaja a.k.a pelajar perempuan yang baru menginjak form 2 (ye laa dah tahun baru mesti laa naik takkan tetap jaa form 1) juga dikenali sebagai Haroro. 
(nama sebenar tak tahu jadi buh je laa nama Haha (Running Man)), dia ni duduk bertentangan dengan kelas form 5 dan pada waktu itu Haroro ni terpandang akan lelaki yang belajar di kelas itu , tidak tahu sebab apa tiba-tiba hati Haroro ni berlari mendapatkan jejaka a.k.a lelaki itu , mula-mula Haroro ni tak tau nama lelaki ni, lepas dah dengar kawan-kawan lelaki ni duk panggil Mal dan dia terfikir adakah nama dia MALING ? OH TIDAAK bukan yang itu , KAMAL ? MALIK ? AKMAL ? yaa , pilihan ketiga itulaa namanya AKMAL !
Masa tu Haroro ni masih lagi menyembunyikan perasaannya sebab dia fikir perkara ni biasa je sebab dulu-dulu pun Haroro ada suka kat seseorang tapi sekejap je dlam sebulan jaa , tapi Akmal ni lain , Haroro masih lagi tidak dapat menjejaki apa perasaan yang dialaminya , mungkin CINTA , SUKA atau sekadar MINAT ! Haroro pun tak tahu.
Pagi minggu lagi satu , Haroro ni datang lambat sikit daripada biasa laa , Haroro datang kira-kira pukul 7.05 a.m sebab selalunya Haroro ni datang pukul 6.50 a.m , dan pada waktu itulah Si Capital A (Akmal) tu datang bersama moto yang amat Haroro minati sampai sekarang. Pagi tu Haroro pun buat laa muka seposen + blur dia tuu, Haroro pun buat-buat lah tak nampak dan teruskan berjalan ke kelas , tiba-tiba Capital A pun lalu bertentangan jalan dengan dia , time tu jantung Haroro bagai nak tercabut + terkeluaq , alahai , muka Capital A susah nak gambarkan. 
Sebulan lepas tu, Haroro ni masih tidak dapat lupakan 'A' tu walaupun ada lelaki yang lebih macho + ganteng + hensem + baik + pandai , blablabla , Haroro pun pelik , dia pun cerita laa dekat kawan dia yang bernama Ain, Haroro tak tau yang Ain tu kenal 'A' tu , dan Ain pun ceritalah dekat 'A' tuu , esoknyaa , Haroro pun try laa lagi sekali dtg sekolah pukul 7.05 a.m , sekali lagi Haroro terserempak dengan 'A' dan Haroro tu nampak 'A' tu macam senyum kat dia , tapi Haroro tak senyum balik sebab mungkin dia fikir 'A' tu senyum kat orang lain kot , jadi dia teruskan lah berjalan ke kelas
DI RUMAH
Haroro pun login laa facebook macam selalu,  dan dia pun sambung laa kerja harian dia dengan mencari nama facebook 'A' tu akhirnya setelah hampir sebulan Haroro mencari dia terjumpak lah nama dia dan terus menekan button 'Add As Friend' dan list kan dia sbg 'Interest List' esok tu 'A' tu approve , Haroro pun post laa kat facebook 'A' tu yg berbunyik -> tengs apprve :) , dan 'A' pun balas , yang paling mengejutkan Haroro ialah , 'A' tu kata kat dia , ni bukan budak kelas bertentangan dgn dia kan  ? Haroro terkezutt , jadi 'A' kenal dia , dan Haroro pun melalut laa dengan dia di Kotak Chat , tapi selepas 2bulan tu Haroro sudah tidak chat lagi setelah mengetahu 'A' sudah mempunyai marka (girlfriend laa) tapi Haroro masih menyimpan perasaan itu.

TO BE CONTINUE
______________________________________________________________________________________

sambung lain kali eh , Nani rasa dah panjang berjeler-jeler dah ni , terima kasih bagi yang sudi membaca , LIKE laa sikit , kalau rajin COMMENT lagi bagus ! , Assalamualaikum

Dah baca kan? Komen sikit ;)

2 Gomel:

Shazreena Shukri said...

keep it up..best juga...even nama dia unik..done follow here..

Nanie said...

hehehe , tengs , sebab snggup juligkan mata nak baca , hehehe