Si Putih Sudah Tidak Putih Lagi

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera

Kemain tajuk, kalah iklan serbuk pencuci FAB tu. Yaa, Putih, kenal Putih? Bukan Putih si Ponticucu tuu. Sebelum ni, aku tak pernah pun cerita pasal kucing-kucing aku. Yaa, aku ada banyak kucing, tapi hampir kesemuanya dikasi orang dan dibuang dan dimatikan menemui ajal. Bukan aku yang buang. Dicuri? Belum pernah.
Sekarang aku ada dua ekor kucing yakni si Putih dan anaknya si Putih. Kalau diikutkan hati aku yang suci dan bersih ini, mau saja aku penuhkan rumah ini dengan kucing-kucing. 
ini lahh Putih, walaupun tak Putih seperti yang disangka-sangkakan. 
Dahulu kala semasa beliau dilahirkan, sangatlah Putih, akhirnya aku mengambil keputusan untuk menamakan beliau dengan nama Putih. Namun, setelah menginjak dewasa, beliau tidak lagi Putih. Mungkin akibat sentiasa terdedah akan cahaya matahari. Berapa kali aku menasihati beliau supaya memakai sunblock, tapi beliau tak endahkan nasihat aku dan terima lah akibatnya.
Putih, pabila siang mata nya biru muda, dan pabila matahari menyembunyikan diri, matanya berubah menjadi sedikit hazel dan kadangkala hitam sedikit.
Beliau mempunyai habit yakni, setiap pagi, beliau sentiasa duduk di hadapan pintu kamar aku, kadangkala bangun-bangun dalam keadaan mamai lagi, terpijaklah beliau. Dan, setelah itu, sentiasa ikut aku ke mana sahaja aku pergi. Adakah ini dinamakan CINTA? Maaf, ini bukan soal cinta tak berbalas. Sekian sahaja untuk kali ini, salam permisi dari gelanggang diskusi. Kita sambung lain hari.

Harini bahasa aku sangatlah baik, bukan ? Hahaha.
Tinggalkan komen anda. :)

Dah baca kan? Komen sikit ;)

9 Gomel:

♥ Lia Abdillah ♥ said...

haha. nice entry! xx

Dayang Deno said...

hihihi.. kelakarlah nanie ni... kesian putih kan, takkan nak pakia sunblock.. ekekeke:p

Nanie said...

@♥ Lia Abdillah ♥ Tak nice mana pun, hahaa

Nanie said...

@denoAda sunblock utk kucing. Hahahaa. Bosan sangat tu yg tulis pun merapu.

Unknown said...

lain kali bubuh sunblock hari2 kat putih tu..baru kekal menawan..hee :D

Unknown said...

kucing mun memang sejak azali hitam legam..

ILoveFlower said...

comel je cerita ni..hehee
tang pkai sunblock tu mmg lawak :D

Amna Shark said...

Hai Putih... Hehe.. jln2 petang~~~

Unknown said...

nice entry. :) Kucing nama putih memakai sun block. haha..