Majalah Mangga Difatwakan Haram.

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera
Siapa-siapa sini selalu / pernah beli majalah Mangga ke Mempelam ke.Eh, bukan majalah Mangga atas tu haa. Yg tu laa. Seeloknya, berhenti lah beli. Bukannya ada manfaat apa pun. Ye, aku tau tak guna duit aku pun, kan. 
Tak silap aku, dulu-dulu takdalah sampai gambar artis terdedah gila-gila, tapi yang baru punya ni, Ya Allah, teruk. Mana taknya, majalah ni dah boleh dikategorikan sebagai klon si majalah Playboy tu.
Pihak Jabatan Mufti Kedah Darul Aman telah memfatwakan bahawa majalah hiburan Mangga terbitan Utusan Karya haram dibaca dan dilihat. Kalau TERlihat kat mana-mana kedai tu. Takpa lah kot. TER kan.
Menurut Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 menjelaskan bahawa: 
“Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif.” 
Lagipun, memang patut pun haram tu. Tapi, banyak lagi kan majalah yang jenis-jenis macam ni. Hmphh. OK, Assalamuaalaikum.
Do leave a comment :)

Dah baca kan? Komen sikit ;)

12 Gomel:

Cik Mun said...

aah..xde manfaat pon beli..

muhammad naim Abdullah said...

Bukan sahaja mangga@mempelam@pauh . semua majalah yg berbaur lucah kena di haramkan.

harap kerajaan Malaysia lebih tegas tentang sensitiviti umat ISLAM

Jom baca

http://pemudattbc.blogspot.com/2013/08/israel-rampas-al-aqsa.html

Israel rampas Al-Aqsa

#freePalestine

Nanie said...

@Cik Mun betul tu kak. buat rugi lagi ada.

Nanie said...

@muhammad naim Abdullah Haa, mmg banyak lagi majalah yg ada unsur mcm ni. Mmg kena perketatkan lagi. Melibatkan maruah Islam.

Shakira Pathi said...

Tengok artis dalam Mangga semua sumpah over gilaa

Shark Kay said...

Haha..dh kne fatwa dh..
Mmg ptut pn..
Xdek isi langsung..
Gambo artis bikini je jd modal.

Nanie said...

@Shakira Pathi Bukan over gila, dah terlebih-lebih gila. Hmphh.

Nanie said...

@Shark Kay Dah yg tu je modal diorg nk trik customers. Mcm takda cara lain.

Niena Reen said...

nasib baik tak pernah beli majalah tu. pernah nampak, tapi tngok cover jelah. tak bukak pun.. tak payahlah kita beli majalah tak berfaedah cenggitu sebab bnyk kot majalah lain yang berfaedah yg boleh dibaca... :)

deno said...

tak pernah beli pun... tp pernah nampak kat kedai buku, tengok cover pun dah seksi2

p/s: blog dayangdeno dah bertukar domain : http://www.dayangdeno.com/


Zyra Roxx said...

sejak zaman tomok newboyz lagi xminat majalah ni. majalah perasan. kofkof

♥ Lia Abdillah ♥ said...

lia xprnh beli pon. mmg xberfaedah -.-