ini lahh Putih, walaupun tak Putih seperti yang disangka-sangkakan.
Dahulu kala semasa beliau dilahirkan, sangatlah Putih, akhirnya aku mengambil keputusan untuk menamakan beliau dengan nama Putih. Namun, setelah menginjak dewasa, beliau tidak lagi Putih. Mungkin akibat sentiasa terdedah akan cahaya matahari. Berapa kali aku menasihati beliau supaya memakai sunblock, tapi beliau tak endahkan nasihat aku dan terima lah akibatnya.
Putih, pabila siang mata nya biru muda, dan pabila matahari menyembunyikan diri, matanya berubah menjadi sedikit hazel dan kadangkala hitam sedikit.
Beliau mempunyai habit yakni, setiap pagi, beliau sentiasa duduk di hadapan pintu kamar aku, kadangkala bangun-bangun dalam keadaan mamai lagi, terpijaklah beliau. Dan, setelah itu, sentiasa ikut aku ke mana sahaja aku pergi. Adakah ini dinamakan CINTA? Maaf, ini bukan soal cinta tak berbalas. Sekian sahaja untuk kali ini, salam permisi dari gelanggang diskusi. Kita sambung lain hari.
Harini bahasa aku sangatlah baik, bukan ? Hahaha.
Tinggalkan komen anda. :)

9 Gomel:
haha. nice entry! xx
hihihi.. kelakarlah nanie ni... kesian putih kan, takkan nak pakia sunblock.. ekekeke:p
@♥ Lia Abdillah ♥ Tak nice mana pun, hahaa
@denoAda sunblock utk kucing. Hahahaa. Bosan sangat tu yg tulis pun merapu.
lain kali bubuh sunblock hari2 kat putih tu..baru kekal menawan..hee :D
kucing mun memang sejak azali hitam legam..
comel je cerita ni..hehee
tang pkai sunblock tu mmg lawak :D
Hai Putih... Hehe.. jln2 petang~~~
nice entry. :) Kucing nama putih memakai sun block. haha..
Post a Comment