Negara Sudah Merdeka. Tapi Rakyatnya?

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera
Sebelum tu, jom ramai-ramai ucap MERDEKA! dengan penuh semangat woi. TAKBIR! ALLAHUAKBAR! Ehehehe. Yeahh, hari ini 31hb Ogos 2013, genap sudah 56 tahun negara kita merdeka, kan? Tapi, adakah rakyat negara kita ni sudah merdeka?
Negara sudah merdeka tapi minda rakyatnya masih dijajah kuasa asing. Yaa, nak tengok rakyat yang masih dijajah ni tak payah nak buka 'hijab' kat mata tuu, tengok guna mata kasar pun boleh, ye dak? Karang bukan nampak rakyat dijajah, nampak benda lain pulak satgi. Hahaha.

Secara jujurnya lah kan, mengikut pendapat Prof. Dr. Hanani nii, heheeeee, rakyat Malaysia sudah merdeka tetapi dari segi LAHIRIAH sahaja. Tapi, dari segi mental, budaya dan spiritual? Belum wehh, masih lagi dijajah, dibelenggu dan dipengaruh dengan corak fikiran dan budaya asing. Bukan makhluk asing.

Cuba tengok, sekarang remaja dah kurang semangat nak sambut merdeka. Yaa, bukan remaja tu saja yang kurang semangat, honestly, aku pun. Jadi, IniKaliLah Ubah! Ehhh. MALAYSIAKU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU. Tema sambutan Merdeka tahun ni pun, ramai lagi yang tak tau. Kan? Jangan kata hangpa, aku pun, tapi dah tau dah. Hahaa.

Lagi satu, ingatkan, kalau bukan dengan IZIN ALLAH S.W.T, mungkin negara kita tak merasa kemerdekaan seperti ini. Jadi, ucaplah Alhamdulillah. Jangan lupa berdoa untuk kemerdekaan negara saudara-saudara kita dia Mesir, Palestin, Syria dan dimana-mana pun.
Tinggalkan komen anda. :)

Dah baca kan? Komen sikit ;)

1 Gomel:

Nae said...

salam kemerdekaan ya dear ! semoga kita semua dapat menghargai erti kemerdekaan yang sebenar <3 !