Rokok? Apa Hukumnya?

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera

Sebelum tu aku minta maaf, mungkin ada sesetengah perokok terasa, dan mungkin yang setengah lagi tu, jiwa kental, beb! Tapi, agama tetap agama, tak gitu?

Cuma satu ja, semoga entri ni boleh buat perokok-perokok di luar sana tu ada timbul niat nak berubah atau mematikan niat nak merokok untuk bakal perokok. Hoi, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih yehh.

Menurut fatwa terkini oleh lebih daripada 400 Ulama', mereka mengatakan merokok itu HARAM berdasarkan ayat AL-QURAN bukan hanya pendapat sebagai seorang Ulama' sahaja iaitu "Jangan jadikan tangan anda sebagai punca kebinasaan anda" -Surah Al-Baqarah, Ayat 195. Contohnya, hangpa tengah solat lepas makan bawang putih yang sedia maklum baunya mengganggu orang, Nabi Muhammad S.A.W tak bagi. Jadi, kalau hangpa (perokok) hisap rokok di hadapan khalayak ramai dan asapnya tu mengganggu orang lain, apa hukumnya? Haram kan?  Kalau ada Ulama' yang kata makruh tu, dia still hisap rokok lah tu.
Sepatutnya, orang Islam yang paling KURANG hisap rokok, sebab duit tu akan di-transfer kepada negara haram, Israel tu. 

Hisap rokok tu memudaratkan, di samping membazir. Ini dah lah tak pergi haji, pastu kata "Saya tak mampu, Ustaz. Duit takda" Ohh, beli rokok boleh pulak, ye dak ? Jadi, perokok di list-kan dalam golongan orang yang mampu, jadi? WAJIB pergi haji. Nabi Muhammad S.A.W kata, "Siapa yang 5 tahun sekali tidak mengerjakan haji atau umrah sedangkan dia mampu, maka, pilihlah mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani. Jaga-jaga yang hisap rokok tu.

Ini paling sadis, bila hangpa (perokok) hisap rokok, asap tu masuk dalam paru-paru, benda haram bercampur dengan darah, darah pulak di'kisar' jadi air mani, seterusnya, jadi anak. Jadi, anak itu datangnya dari benda yang haram. Maaflah, ini memang fakta, hangpa boleh rujuk.

Orang yang merokok, doanya tidak didengari di sisi Allah S.W.T. Macam mana, Allah S.W.T nak dengar sedangkan dia suap dalam mulut dia benda yang haram. 

Jadi, belajarlah berhenti hisap rokok walaupun susah. Nak seribu daya, tak mau banyaklah alasan. Doa banyak-banyak kepada Allah S.W.T. Lagi satu, syaitan suka benda yang berasap, jadi orang yang hisap rokok tu? Lu pikir lah sendiri. Assalamuaalaikum wbt. 

Tinggalkan komen anda. :)

Dah baca kan? Komen sikit ;)

3 Gomel:

Nae said...

rokok memang hukumnya haram .. membunuh diri secara perlahan lahan ...

Unknown said...

itula..katakan tidak kepada rokok..

Aesya Zealous said...

say no to ROKOK!