Nilah rupa Jam Tangan Pintar Samsung tu. Wahhh, canggih bebenor. Katanya, Samsung akan lancarkan lebih awal. Iyolah, strategi tuu. Strategi nak menguasai pasaran awal. Model kali ni, khabar anginnya bakal diperkenalkan ketika pelancaran Samsung Galaxy Note III, awal September depan.
Katanya, daripada SamMobile, Smartwatch Galaxy Gear ni bakal dipasarkan dengan LIMA pilihan warna iaitu, putih, oren, kelabu, hitam dan putih keemasan, tapi gambar bawah ini warna lain. Pelik betui.
Sesuai dengan namanya, Gear, Smartwatch yang didasarkan pada sistem operasi Android ini, fungsi dia, sebagai aksesori ataupun pelengkap lah yang akan mendukung pengoperasian siri Android Samsung Galaxy. Bagi hebat lagi, Smartwatch ini ada sambungan Bluetooth LE dan aplikasi Watch Manager. Jangan tanya aku Bluetooth LE tu apa, Bluetooth saja aku tau lah. Hahaha.
Model ni pun dikatakan bakal dilengkapi dengan skrin OLED boleh lentur berukuran 2.5 inci, kamera, accelerometer dan NFC. Jangan tanya aku apa kebendanya accelerometer dgn NFC tu. Aku taktau. Hahaha. Agak-agak berapa ribu laa harga ni. Okay, ciao dulu! Assalamuaalaikum.
sumber : billyinfo
Tinggalkan komen anda. :)
