Mengapa Islam Melarang Kita Minum Sambil Berdiri?

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera


Seriously, memang dah lama dah kita tau yang makan atau minum memang tak boleh sambil berdiri kan ? Jadi, kejap ye nak cerita sikit. Pagi tadi kat sekolah lepas habis baca Surah Yassin, adalah seorang guru yang sangat dikenali oleh semua students kat sekolah Nani ni sebab dia cikgu yang boleh dikatakan teramatlah garang, dia ada tegur, kenapa duk minum sambil berdiri pastu dia suruh search Google pasai apa tak boleh minum sambil berdiri. Pastu terus tercetusnya idea nak buat entry pasal ni. blablabla. Jom Baca !

Islam telah menetapkan adab-adab bagi penganutnya dalam melakukan suatu kegiatan bagi mendapatkan kesejahteraan. Begitu juga Islam telah menetapkan adab-adab ketika minum. Rasulullah S.A.W menegah kita minum berdiri tetapi, Mengapa Kita Dilarang Minum Berdiri?
Antara sebabnya ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani, "Sesungguhnya, makan dan minum dalam keadan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat dan lebih puas. Sebabnya, makanan dan minuman lalu di dinding perut dengan tenang. Tetapi bagi minum berdiri, ia menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan lebih keras dan akan melanggar lapisan perut. Begitu juga dengan makanan".
Ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis Sfinger, saringan tersebut dapat terbuka ketika duduk, dan tertutup ketika berdiri. Air yang kita minum belum 100% diolah oleh badan. Apabila kita minum sambil berdiri, jadi air yang kita minum tidak tersaring oleh penapis sfringer kerana tertutup. Air yang tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing (urinary bladder) dan boleh menyebabkan penyakit Kristal Ginjal < klik utk tahu tentang penyakit kristal ginjal. Anda sangat beruntung mempunyai kristal di ginjal anda, hahahaha.

TERAPI AIR PUTIH : MINUM BANYAK-BANYAK
1. Minum 2 gelas air masak setelah bangun tidur : Membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan : Membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
3. Minum segelas air sebelum mandi : Menurunkan tekanan darah.
4. Minum segelas air sebelum tidur : Mencegah stroke dan serangan jantung.

"DEMI MASA ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman, dan yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran"
~Surah Al A'sr

Dah baca kan? Komen sikit ;)

0 Gomel: