Tips Make-Up Bagi Si Kulit Gelap

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera

Aku taktau nak update apa sebenarnya. Jadi takmau bagi blog aku bersawang, berhabuk, berkutu ok cukup aku nak bagi tips make-up walaupun aku mmg tak suka make-up. Tapi aku tau ramai yang kat luar sana tu suka/cinta/gila make-up dan kekadang aku tengok macam badut sarkas. Hahahaha joke. Tapi aku nak bagi tips untuk yang berkulit gelap. Aku pun kulit gelap sebenarnya. So, untunglaa yang berkulit cerah. *rendah diri.
Malas aku nak kecek banyak. Jom cekidout

Foundation : Pilih foundation yang berasaskan ayaq yakni air (water based foundation) dan warna yang mendekati warna asal kulit (natural beige). Hal ini kerana, foundation jenis macam ni dia resap dalam kulit dan nampak kulit lebih sekata dan necerel natural
Bedak : Kulit gelap selalunya berminyak sebab pantulan daripada kulit tu, jadi untuk melindungi kulit daripada kesan berminyak sapukan sedikit bedak baby secara sekata dan nipis SELEPAS memakai foundation. Pastu, sapukan pulak bedak flawless supaya dapat tutup kesan bedak baby tadi tu. Nanti kulit muka tu akan nampak lebih fresh dan natural.
Eye Shadow : Elakkan daripada memakai warna yang striking yakni teghang. Try guna warna macam grey, brown, silver, bronze dan gold.
Mascara : Pakailah maskara supaya mata tu tak nampak layu macam =_=
Eyeliner : Penting (pentinglaa sangat). Pakai dengan warna yang sesuai supaya mata lebih menyerlah.
Fake Eyelash : Untuk bagi kesan mata yang menawan pakailah fake eyelash jangan pandai fake account pesbuk je. Jangan terlalu tebal pilih yang sesuai, just nice gitu.Tapi kalau bulu mata tu dah semula jadi tu lebat takyah lah gatal tangan nak letak. (Pakai bulu mata palsu haram tak silap aku. Betulkan kalau salah)
Contact Lens : Kalau nakkan kelainan pakai lah contact lens. Digalakkan pakai barbie eye lens saiz 16 meter milimeter (mm). Nasihat aku pakailah kalau tak sayang mata. Hoho
Blusher : Kalau yang mempunyai kulit yang sangat gelap, pilih warna seperti deep rose, apricot, coral dan deep orange. Kalau yang kulit yang sedang-sedang sajaaaaa, hitam manis, pilih warna seperti rose pink untuk waktu siang dan bronze, plum dan wine untuk waktu malam. (ada pulak waktu nak pakai -_-)
Lipstick : Elakkan warna yang pucat macam nak demam. Try guna warna macam apricot, blackberry bukan henfong tu, caramel dan red. Warna lain yang mungkin sesuai ialah copper, coral, bronze, wine, burgundy, chestnut ataupun maroon.
Highligher : Fungsinya untuk memberi kesan cerah gunakan sekitar mata, hidung, sekitar tulang pipi dan sekeliling bibiaq (bibir).

Additional Mathematics Tips
Kalau hangpa rasa bibir hangpa menawan macam Angelina Jolie dan nak fokus pada bibir pastikan warna eyeshadow lebih redup daripada warna bibir maksudnya warna bibir tu lebih menyerlah gitu. Elakkan daripada memakai kedua-duanya dalam warna yang striking, anda pasti akan nampak cantik seperti badut sarkas. Tengok gambar atas tu tadi. Hahaha.
nota kaki : Biar kulit gelap jangan hati gelap.


Dah baca kan? Komen sikit ;)

5 Gomel:

Miss Xyz said...

Nice tips. Suka statement last sekali tu, stylo. Ingat, tak semestinya orang putih tu lebih baik kedudukannya drpd orang berkulit gelap.


Hehe, over ke? Sorry

Nanie said...

@Miss Xyz thankyu miss xyz. betul tuu. takdaknya over lah. :D

Qarr Jalil said...

tak pakai make up sbb laki..haha
minat lp ke?

Nanie said...

@Qarr Jalil Hahaha , laki mmg lah tak pakai . ofkos minat . hahaa

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

suka tgok org kulit hitam manis.. sweet