Scarlett Si Kucing Pahlawan

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera


Seriously, aku rasa sebak baca cerita ni. Macam nak menitis je air mata tapi kutahan. Bajet gila ayat tapi betul laa. Kisah ni aku dapat masa tengah meng-Google pasal kucing. Malas cerita panjang jom baca.
Scarlett. Itulah nama bagi seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan. Mempunyai bulu jenis Calico, ia pernah menjadi tajuk perbualan utama seluruh dunia dalam insiden menyelamatkan lima ekor anak-anaknya daripada dijilat api kebakaran di tempat tinggalnya.

Mengimbau kembali kejadian ngeri itu, Scarlett tinggal di dalam garaj di Brooklyn bersama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga tuannya yang berada di rumah kerana mereka semuanya keluar bekerja. Setelah api dipadamkan, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah rentung, hangus dijilat api.
Keadaan Scarlett yang hangus teruk sangat menyayat hati mata yang memandang. Dalam keadaan telinganya yang terbakar, matanya yang melecur serta melekat dengan hidungnya, dengan penuh kasih sayang dia menyusun anak-anaknya seekor demi seekor agar selamat walaupun keadaan dirinya amat kritikal. Setelah memastikan kesemua anaknya selamat, ia rebah menyembah bumi lalu pengsan tidak sedarkan diri. (gambar 1 & 2)
Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, setelah dirawat, Scarlett kembali sihat. (gambar 3) Namun, parut di muka dan badannya tidak dapat dihilangkan. Selepas daripada itu, Scarlett dan anak-anak diambil semula oleh tuannya untuk dijaga.
Kini Scarlett telah tiada. Kejadian yang berlaku pada tahun 1996 banyak memberi pengajaran kepada kita tentang erti pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu walaupun ia hanya seekor haiwan.
Kucing pun ada perasaan kasih kepada anak-anak dia. Tapi sekarang ni, sesetengah manusia perangai dia jauh terpesong lagi teruk daripada binatang malah seperti syaitan yang direjam. Manusia sanggup membuang, dan membunuh anak mereka macam anak mereka itu patung yang tidak ada perasaan. Jadi, tolonglah malu lah pada binatang!


Dah baca kan? Komen sikit ;)

8 Gomel:

hatiAMIRA said...

awak ! nangis baca kisah ni . kesiannya T_T

Nanie said...

@hatiAMIRA yaa , saya pun rasa nak menangis je baca . kesian gilaa. :'(

Chelz Rachel said...

Kucing pun sayang anak....kesian...huhu

mia yusof said...

uwaahhhh nak menangis jek ,

Nanie said...

@Chelz Rachel betul tuu . kesian kann .

Nanie said...

@mia yusof nangis laa . sedia terbuka . sedih kann .

Shakira Pathi said...

sebak baca cerita ni :'(

deno said...

siaannya.... sedih baca kisah ni