Segmen : Aku Gila Blog !

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera

Hari ini aku join segmen dari kak Jia. Saja bosan-bosan ikut serta jugak . haha.

Apa yang istimewa dalam blog aku?
Rasanya tiada yang istimewa sebab aku tak pandai nak tarik perhatian orang ramai nak baca blog aku yang lama menyepi nih . Tapi, inshaa Allah aku akan sedaya upaya tarik ramai pengunjung untuk datang mengziarah blog aku ini, Inshaa Allah.

Dalam sehari berapa kekerapan aku meng-update blog?
Wahhh, soalan maut dan soalan cepumas gitu. Susah sikit lah nak jawab. Memandangkan aku budak sekolah jadi masa itu agak mencemburui dan kerja sekolah jugak sudah menunggu aku. Okay, sekarang aku jawab soalan itu. Selalunya dalam seminggu itu mungkin ada dalam 2 post per minggu, tapi sejak dua menjak ini, mood menulis itu agak kurang. Mungkin itu sahaja lah jawapan untuk soalan ini.

Blog ini aku edit atau guna khidmat orang lain?
Okay, blog ini aku edit. Agak lama jugak lah untuk aku edit memandangkan aku masih belajar lagi cara-cara nak mengedit. Mungkin ada sesetengah orang kata blog aku ini agak buruk, tapi aku tak kisah yang pasti ada  seorang dua yang sudi jenguk blog buruk ini. Rasanya macam nak edit lain pun ada. Sampai situ saja jawapan untuk soalan itu. Habis.

Segmen ini tamat sehingga penyertaan mencapai 100 orang. Jadi tunggu apa lagi mari join!

Hadiah-hadiahnya ialah header, banner, keychain Sabah, topup RM5, review blog, bloglist dan purdah.
Awesome what ? Jom join !
p/s: Maaf penggunaan kata 'aku' kepada yang lebih tua.


Dah baca kan? Komen sikit ;)

4 Gomel:

najiahs said...

terima kasih kerana sudi joined segmen saya.btw,goodluck!!!

cci said...

gud luck dear.. ^_^

Nanie said...

@najiah shaharain ok hehe , terima kasihh . :)

Nanie said...

@cci thankyu sis cci . muehehe :)