Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts

Ling-Chi Hukuman Mati Paling Sadis

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera

Seriously, sangat sadis dan seram yang amat.

Hukuman mati dengan cara dipotong-potong tubuh badan merupakan hukuman paling sadis dan kejam yang pernah ada di dunia. Hukuman ini pernah dilaksanakan pada Zaman Dinasti Chu (1644-1912) dikenali dengan nama Ling-Chi iaitu hukuman mati yang diberikan kepada seseorang yang melanggar hukuman yang sangat berat.


Pesalah yang akan dihukum mati akan diikat di tiang kayu di depan orang ramai, lalu bahagian tubuhnya akan dihiris satu per satu dan dibiarkan hidup semasa proses ini berlaku.

Biasanya hukuman mati ini akan dilaksankan selama 3 hari, jadi selama 3 hari ini pesalah akan merasai penderitaan yang amat sangat daripada luka pada potongan badannya.

Bukan semua sebarangan orang yang dikenakan hukuman seperti ini. Cuma mereka yang melanggar hukuman yang berat sahaja. Contohnya, membunuh keluarga kerajaan.


Seriouly, seram sangat. Saja share tetengah malam. Hakhak. Jom baca tweet @Seramshit.
Okay, bye. Assalamuaalaikum wbt.





Dah baca kan? Komen sikit ;)

Anak Patung Annabelle (The Haunted Doll)

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera

Kenal patung Annabelle? Hmphh, kalau hangpa tengok movie The Conjuring, aku komfom semua yang tengok mesti tau patung Annabelle. Tetapi, patung Annabelle yang dalam movie tu memang bagai langit dengan bumi kalau dibandingkan dengan yang real. Real punya patung Annabelle tu, rupa dia tak seseram macam dalam movie tu, rupa dia memang comel, serious aku tak tipu. Nama yang digunakan dalam filem tu, semua nama betul. Dan sekarang, patung Annabelle disimpan dan dijaga ketat di dalam sebuah gereja di USA.

Okay, meh kita baca kisah sebenar patung Annabelle tu.

Kiri adalah patung sebenar dan yang kanan adalah di dalam filem

Annabelle, merupakan tumpuan kes oleh penyiasat Ed dan Lorraine Warren yang terkenal dalam kes paranormal pada awal tahun 1970 yang dibentangkan di buku Demonologist. Dan kes ini adalah kes yang paling luar biasa yang pernah direkod dalam buku itu. 

Pada tahun 1970, seorang ibu telah membeli patung jenis Raggedy Ann Doll antik dari kedai barangan lama. Anak patung itu dibeli untuk dihadiahkan kepada anaknya, Donna, pada hari lahirnya. Pada masa tu, Donna ialah pelajar di kolej, bersedia untuk menerima kelulusan ijazah kejururawatan dan tinggal di sebuah pangsapuri kecil bersama kawannya, Angie. Donna gembira semasa mendapat patung itu dan menjadikan perhiasan di dalam biliknya dan diletakkan di atas katilnya dan takda merasakan apa-apa yang pelik sehinggalah beberapa hari kemudian.


Masa tu, Donna dan Angie merasakan sesuatu yang pelik dan menyeramkan tentang patung Annabelle tu. Anak patung tu seolah-olah bergerak dengan sendirinya daripada satu tempat ke satu tempat yang lain. Kadang-kadang mereka menjumpai anak patung itu dalam keadaan kaki bersilang dan tangan memeluk tubuh. Kadang-kadang juga, mereka temui, anak patung itu, berdiri dan bersandar di atas kerusi meja makan. Setiap hari, sebelum pergi ke kerja, Donna meletakkan anak patung di atas sofa, tetapi apabila pulang, dia terpaksa mencarinya di biliknya, di atas katil dengan pintu yang tertutup rapi. 

Pada suatu malam tu, Donna pulang daripada kerja dan mencari sekali lagi patung Annabelle tu, dan sekali lagi TIADA! Dan, Donna jumpa patung tu di atas katilnya. Donna pun mendekati patung itu untuk memeriksa sesuatu. Rasa takut menyelubungi diri Donna ketika dia memeriksa patung tu. Dan, Donna ternampak kesan seolah-olah seperti darah yang terkeluar daripada badan patung itu sendiri di belakang tangan dan dada. Setelah rasa ianya terdesak, Donna dan Angie membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat pakar.

Tidak lama kemudian, pakar tersebut menghubungi mereka dan Donna diperkenalkan kepada semangat roh Annabelle Higgins. Annabelle ialah seorang gadis muda yang tinggal di sebuah kawasan sebelum pangsapuri dibina. Annabelle berusia 7 tahun semasa mayatnya dijumpai dalam pangsapuri tersebut. Roh Annabelle tertarik dengan Donna dan Angie dan mahu tinggal dengan mereka dengan berpindah ke dalam anak patung itu. Sebab tulah, anak patung tu berpuaka sebab roh budak yang mati dibunuh tu melekat kat anak patung tu sehingga membunuh seorang daripada rakan Donna dan Angie. Sehingga sekarang, patung Annabelle disimpan rapi dan tidak boleh dikeluarkan atau disentuh sekalipun kotak tempat simpanannya. 

Bawah ni, gambar Ed dan Lorraine Warren dan muzium simpanan barang berpuaka sebelum Annabelle diletakkan di dalam gereja. 



Tapi, kita sebagai orang Islam, tak boleh percaya benda-benda macam ni. Semuanya yang berlaku di bawah kekuasaan Allah SWT. Wallahua'alam. Assalamuaalaikum wbt. 

Tinggalkan komen anda. :)

Dah baca kan? Komen sikit ;)