Showing posts with label Kisah benar. Show all posts
Showing posts with label Kisah benar. Show all posts

KISAH BENAR: Balasan Mencabar Kekuasaan Allah (Couple Version)

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera
Jangan cabar kekuasaan Allah SWT. Padah akibatnya. 


Ngeri benor. Hancur. Jom baca keseluruhan cerita.

Berita ni 18 September 2013, baru lagi. Diceritakan oleh Sani Mohd Nooh. Berlaku di Johor, nama dan tempat biarlah menjadi rahsia. 

Sepasang couple ni, keluarga depa dengan kawan-kawan depa nasihatkanlah depa ni, jangan buat maksiat. Tetapi nasihat semua ni dibalasnya dengan kata-kata perli dari mereka. Nak jadi cerita pulak, semalam, terluncurlah kata-katanya yang menyebabkan Allah SWT murka. Yang berbunyi "Kalau tuhan berani, meh kita jumpa , tengok siapa lagi kuat" sambil gelak keda-dua mereka.

Kira-kira 11.30 malam tu, (16 September) depa ni pergi lah naik moto pegi mana taktau lah. Depa ni pun pecut lah moto tu dalam highway lah dekat dengan kampung pencerita. Tetiba, bunyi 'Dabushh' bunyi excident. Hm, kedua-dua tu terpelosok masuk bawah TRELER 16 TAYAR!!

Menurut saksi, depa cuba nak potong treler tu tapi ada kereta yang dipandu perlahan di depan treler tu, pastu, terbabas ke treler tu. Tak dapat nak mengelak. Kuasa Allah SWT kan?

Agak-agak apa yang jadi kat depa diorang tu?

Kedua-dua depa tu, hmphh, komfem lah mati sebab badan depa tu digelek hancur sampai habis dengan treler yang memang sarat dengan muatan. 

Menurut saksi, langsung tiada satu bahagian badan pun yang tak hancur. Semua hancur. SEMUA. Yang dapat dicam cuma 4 batang tulang kaki yang dagingnya tiada langsung, macam kena kikis. 

Bomba yang kutip mayat-mayat tu pun, kutip guna penyodok sahaja. Oleh sebab, depa tu mati tempat yang berasingan, jadi bolehlah diasingkan mayat tu. 

Di hospital, kedua-dua mayat tu, dimandikan dalam penapis. Penapis yang buat ayak tepung tu kot, entahlah. Macam basuh daging cincang tu, senang kata daging tetel. Tiada jalan lain.

Mayat-mayat tu pulak dikafankan macam kuih popiah. Cuma tak ada taugeh ja. Hehe. Dan dikerandakan. Kepada keluarga depa tu dipesan jangan dibuka lagi keranda tu.

Jadi, siang tadi (17 September) hamba Allah yang tak sedar diri tu pun dikebumikan.

Agak-agak apalah nasib mereka sekarang. Wallahuaalam. Nauzubillah, moga kita semua dijauhi. Setengah orang kata Allah bayar CASH tapi aku rasa tak itu baru deposit saja. Dalam kubur ada lagi kan? Jadi, jagalah percakapan kita. Lebih baik cakap benda yang elok-elok dan sedap di dengar saja. Kalau taktau nak cakap apa, lebih baik diam. Huhuu. 

Wallahuaalam. Aku beransur dulu. Assalamuaalaikum wbt.

Dah baca kan? Komen sikit ;)

Anak Patung Annabelle (The Haunted Doll)

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ dan Selamat Sejahtera

Kenal patung Annabelle? Hmphh, kalau hangpa tengok movie The Conjuring, aku komfom semua yang tengok mesti tau patung Annabelle. Tetapi, patung Annabelle yang dalam movie tu memang bagai langit dengan bumi kalau dibandingkan dengan yang real. Real punya patung Annabelle tu, rupa dia tak seseram macam dalam movie tu, rupa dia memang comel, serious aku tak tipu. Nama yang digunakan dalam filem tu, semua nama betul. Dan sekarang, patung Annabelle disimpan dan dijaga ketat di dalam sebuah gereja di USA.

Okay, meh kita baca kisah sebenar patung Annabelle tu.

Kiri adalah patung sebenar dan yang kanan adalah di dalam filem

Annabelle, merupakan tumpuan kes oleh penyiasat Ed dan Lorraine Warren yang terkenal dalam kes paranormal pada awal tahun 1970 yang dibentangkan di buku Demonologist. Dan kes ini adalah kes yang paling luar biasa yang pernah direkod dalam buku itu. 

Pada tahun 1970, seorang ibu telah membeli patung jenis Raggedy Ann Doll antik dari kedai barangan lama. Anak patung itu dibeli untuk dihadiahkan kepada anaknya, Donna, pada hari lahirnya. Pada masa tu, Donna ialah pelajar di kolej, bersedia untuk menerima kelulusan ijazah kejururawatan dan tinggal di sebuah pangsapuri kecil bersama kawannya, Angie. Donna gembira semasa mendapat patung itu dan menjadikan perhiasan di dalam biliknya dan diletakkan di atas katilnya dan takda merasakan apa-apa yang pelik sehinggalah beberapa hari kemudian.


Masa tu, Donna dan Angie merasakan sesuatu yang pelik dan menyeramkan tentang patung Annabelle tu. Anak patung tu seolah-olah bergerak dengan sendirinya daripada satu tempat ke satu tempat yang lain. Kadang-kadang mereka menjumpai anak patung itu dalam keadaan kaki bersilang dan tangan memeluk tubuh. Kadang-kadang juga, mereka temui, anak patung itu, berdiri dan bersandar di atas kerusi meja makan. Setiap hari, sebelum pergi ke kerja, Donna meletakkan anak patung di atas sofa, tetapi apabila pulang, dia terpaksa mencarinya di biliknya, di atas katil dengan pintu yang tertutup rapi. 

Pada suatu malam tu, Donna pulang daripada kerja dan mencari sekali lagi patung Annabelle tu, dan sekali lagi TIADA! Dan, Donna jumpa patung tu di atas katilnya. Donna pun mendekati patung itu untuk memeriksa sesuatu. Rasa takut menyelubungi diri Donna ketika dia memeriksa patung tu. Dan, Donna ternampak kesan seolah-olah seperti darah yang terkeluar daripada badan patung itu sendiri di belakang tangan dan dada. Setelah rasa ianya terdesak, Donna dan Angie membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat pakar.

Tidak lama kemudian, pakar tersebut menghubungi mereka dan Donna diperkenalkan kepada semangat roh Annabelle Higgins. Annabelle ialah seorang gadis muda yang tinggal di sebuah kawasan sebelum pangsapuri dibina. Annabelle berusia 7 tahun semasa mayatnya dijumpai dalam pangsapuri tersebut. Roh Annabelle tertarik dengan Donna dan Angie dan mahu tinggal dengan mereka dengan berpindah ke dalam anak patung itu. Sebab tulah, anak patung tu berpuaka sebab roh budak yang mati dibunuh tu melekat kat anak patung tu sehingga membunuh seorang daripada rakan Donna dan Angie. Sehingga sekarang, patung Annabelle disimpan rapi dan tidak boleh dikeluarkan atau disentuh sekalipun kotak tempat simpanannya. 

Bawah ni, gambar Ed dan Lorraine Warren dan muzium simpanan barang berpuaka sebelum Annabelle diletakkan di dalam gereja. 



Tapi, kita sebagai orang Islam, tak boleh percaya benda-benda macam ni. Semuanya yang berlaku di bawah kekuasaan Allah SWT. Wallahua'alam. Assalamuaalaikum wbt. 

Tinggalkan komen anda. :)

Dah baca kan? Komen sikit ;)